Friday, 10 June 2011

how do you feel when you love somebody?

currently written by faie mohamad at Friday, June 10, 2011 0 criticisms

Pernahkan kamu melalui pengalaman ini? Mencintai dan menyayangi seseorang secara tiba-tiba, tanpa dipaksa2? Kamu menyayanginya sepenuh hati dan kamu juga berusaha untuk memenuhi segala permintaan dan kemahuannya walaupun berat untuk dituruti. Kamu juga selalu memekakkan telinga mendengar sindiran dan umpatan orang akan hubungan kamu kerana bagi kamu, dialah insan yang terbaik di hati kamu. Dialah penawar duka. Dialah penghibur dikala kesunyian. Tanpa dia, hidup kamu seakan gelita. Tanpa dia, jiwamu kosong dan selalu meronta2 merindui kehadiran dia.


Namun sayangnya cinta itu seakan palsu belaka. Dia yang kamu cintai, yang kamu kasihi seluruh jiwa ragamu telah berpaling tadah. Insan yang kamu selalu rindui itu rupanya hanyalah satu sandiwara. Dia mengkhianati hubungan itu kerana dasar orang ketiga. Ibarat bom yang menghancurkan genap ruang hati kamu, begitulah yang kamu rasai. Pedih bukan?

You love someone deep in your heart, but they love somebody else. That’s the hardest thing that you ever had. You’ve tried your best to her/him to show your love and care towards them and they respond to your love with this sort of things. It is hurt right? THAT'S WHAT ALLAH FEELS MOST OF THE TIME… Astaghfirullahalazim...

Ya, Allah mencintai semua hambaNya, tetapi dengan bersyarat. Agar kita semua patuh dengan segala apa yang Dia perintahkan melalui perantaraan para rasul yang diutuskan olehNya. Dia memberikan cintaNya pada kita dengan nikmat2 yang tidak terhitung, tapi kita membalas ‘cinta’ itu dengan maksiat. Tanpa kita sedari, ungkapan akujanji yang telah kita lafazkan sebelum kita menjenguk dunia ini seakan dilupakan. Kita berjanji bahawa kita akan menuruti segala perintahNya, berjanji bahawa kitalah khalifah yang terbaik dibumiNya tapi bila kita menjenguk dunia yang fana ini, dek kerana kekangan hawa nafsu serta darjat, kita melupakan semua janji2 itu.

Ingat, mencintai manusia itu walaupun nikmat tetapi sangat sakit. Bayangkan sakit yang dirasakan itu jika dibandingkan dengan nikmat cinta, ia jauh lebih mendahului dari segala. Bohongla kalau dalam bercinta itu tiada rasa cemburu, tiada rasa marah atau sakit hati, atau juga rasa dikhianati. Sememangnya cinta manusia sentiasa begitu.

Anda, jika kamu mencintai seorang manusia, cintailah dia kerana hatinya. Cintailah dia tanpa syarat walaupun kadang2 tidak berbalas, tapi tetapkan di dasar hati bahawa cinta yang kamu hulurkan itu adalah cinta yang tulus dan suci. Tetapkan didalam hati bahawa cinta itu adalah kerana Allah, bukan kerana maksud duniawi. Kerana jika dia khilaf, kamu mampu memaafkannya sepenuh hati. Dan kamu juga masih lagi mampu untuk menerimanya kembali dalam hidupmu.


cintai manusia, kamu akan sakit. tapi cintailah Allah, kamu pasti akan merasa tenang


buah hatiku ('',)

currently written by faie mohamad at Friday, June 10, 2011 0 criticisms

Yeah.. I love kids! Oleh sebab aku ni anak bongsu, dari kecik lg aku selalu berasa sunyi akan tangisan seorang anak kecil. Dulu masa aku kecik kadang2 aku cemburu bila tengok kawan2 aku sume ada adik untuk bermain, tapi aku selalu keseorangan. Masa tu keinginan untuk ada adik sangat kuat. Nasib baik aku ada kakak, Bib yang beza dua tahun ngn aku. Dengan dialah aku rapat, dengan dia jugaklah kami bergaduh..  Biasalah budak kecik. Tapi nasib baik aku ada anak sedara yang boleh gak aku ajak main masak2, main pondok2, macam2. Walaupun tak sama dgn adik sendiri, (ye la sebab diorang bukan stay kat rumah aku, time diorang takde aku kembali sunyi), tapi sekurang2nya aku ada tempat untuk melepaskan rasa rindu untuk memiliki adik sendiri. Bila dah besar, anak2 sedara aku bukan main ramai lagi. Tiap2 tahun mesti ada pertambahan ahli baru dlm family kitaorang. Nak statekan satu persatu memang susah. Ok, aku statekan yg 
masih kecik lah. Yang besar tu jgn kecik ati ye.. peace ;)



Muhammad Hafiy Darwisy

ni gambar masa dye umo setahun


encem boy ;)




Muhammad Mirza Niyaz

budak jepun yang cengeng




Muhammad Nazreen Ammar
dia ni sgt2 aktif & lasak


kesian kat apek ni 'dinasiimpitkan' oleh aunty2 dye. huhu


ammar & mirza
dannial harris & amirah atikah


afiq zikri & mirza
adawiyah & fahim


muka mahu menangis

:: Eh baru aku perasan.. Asal ramai lelaki nih? Huhuhu…hummm kan best kalau ada anak sendiri^^

p/s: pas raya aidilfitri ni aku ngn family sedang menunggu kehadiran orang baru dlm keluarga kitaorang. Tahniah buat abang aku, Azrul and isteri dia, Asma yang sedang menanti kehadiran cahaya mata sulung J

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea