Monday, 1 December 2014

i'm officially graduated part 1

currently written by faie mohamad at Monday, December 01, 2014 1 criticisms

Assalamualaikum..

13.10.2014. Alhamdulillah i'm officially graduated from IIUM with B.ed Guidance And Counseling. Allah sahaja tahu betapa leganya rasa, gembira tak terkata, lafaz syukur yang tak sudah-sudah tentang ini. Berakhirnya era belajar peringkat degree dan otomatik bila naik stage tu rasa macam nak sambung master pulak. ahahaha. Insyaallah jika diizinkan.

So, utk merakamkan memori manis tu aku ada hire sorang photographer ni untuk sesi preconvo. Student uia jugak dan final year dah pun. Aku tertarik nak ambil dia sebab ramai gak mention nama dia kat iium online masa sorang sis ni tanya sape photgrapher uia. Mulanya aku nak cari yang sisters, aku ni kalau lelaki ni aku segan sikit, bukan sikit la tapi banyak jugak tapi possibility nak jumpa yang sisters tu memang susah so nak tak nak terpaksa la upah brother ni. So bila aku pm dia kat fb terus dia bagi respon positif. Mulanya ingat nak photoshoot dengan family tapi diorang nak bershopping pulak kt KL ni. haih. So terpaksala tukar waktu dan amik pakej individu, Tak mahal pun. Harga standard untuk student. hehe. Boleh taip nama Aria Radin kt fb jika berminat.

Ni antara gambar yang dia snap. Lokasi just dalam uia je sebab aku nak ambik feel environment kat uia ni plus masa tersangat suntuk. Dahla tengah-tengah photoshoot tu tetiba family aku call nak datang ambik. grrr sedih gila kot. So trpaksa snap je mana ada.


PRE CONVO-CONVOGRAPHY-PHOTOSHOOT by Aria Radin(Afqa Fluss Fotografie)




Tangga besar uia. Lokasi paling femes utk bergambar.





Bridge kat center, Masa tengah amik gambar kebetulan ramai yang keluar dari dewan dan aku pulak terpaksa buat-buat tenang je padahal malu gila ramai yg tengok. haha



Engin building :)















Main libas-libas pulak

Dalam sesi ni memang takde pun posing-posing sambil melompat ke, peluk pokok ke, buat gaya ala-ala gadis jepun ke ape-ape je yang agak rare disitu, Satu, sebab tu tempat public. Malu aku tua-tua ni lompat sambil baling topi. Ramai-ramai tak pe la jugak ada geng. haha. Dua, sebab segan dengan brother ni. Dahla dia bawak sorang lagi geng dia yang amik photo secara kandid dalam macam-macam sudut pastu kalau nak posing daring sikit tu segan arr. Tu pun aku banyak cover walaupun dalam hati nak je buat macam-macam gaya, hihi. Tak pe la yang penting gambar tu ada. Ye dok?

Dahla cukupla gambar-gambar ni. Dahla line slow nak upload satu gambar pun amik masa berminit-minit. Sabo je la. huhu.

Lepas ni kat next enry aku akan cerita pulak pasal pahit getir masam manis tawar masin sepanjang aku berada kat uia. Tak banyak macam orang lain pun dan takde la semenggah mana pun tapi bagi aku ia tetap berharga. Banyak momen manis walaupun pada mulanya pahit macam ubat tapi kann.. bila kenang balik rasa macam kelakar dan over pulak. dushh *ketuk kepala

i'm back... Again!

currently written by faie mohamad at Monday, December 01, 2014 1 criticisms
Phewww.. Lama gila belog ni tak berupdate. Dah banyak sawang dah. Sarang labah-labah, sarang tebuan, sarang anai-anai.. Macam-macam sarang dah. Saranghae je tak. ahahaha

To be the truth, aku bukannya quite busy sangat lately tapiii... Aku punya laptop yang berkhidmat dan berjasa kepada aku sedari first year lagi kat IIUM dah rosak. Specifically skrin dalam laptop tu pecah teruk. Nak repair bukannya murah. Paling murah 3 ratus tu pun belum lagi trmasuk format dan cuci kipas dalam tu. Jadi aku terfikir better beli baru terus. Kan.  So aku berjimat cermat sikit-sikit, duit hasil jadi cikgu kat Putrajaya tu aku simpan sampai makan pun ala kadar je. sobss. Then Alhamdulillah dah cukup simpanan duit tu pegi la beli laptop baru. Eh bukan laptop tapi more tu notebook. Saiz kompak tapi besar sikit la dari notebook. Warna pink gittew. Kikiki. Btw Alhamdulillah.

So lepas dah dapat laptop baru ni Insyaallah ia bakal berupdate seperti dulu. Walaupun ramai dah followers lari, yang suka blogwalking aku tu pun dah lama dah tak datang menjenguk, and same goes tu me also, but aku tak kisah pun. Sedikit sebanyak ada jugak datang perasaan rindu nak komen kat post orang itu, orang ini, but Insyaallah aku akan try kembali macam dulu. Zaman study dulu memang selalu bukak laptop utk siapkan assignment, tapi bila dah habis belajar, laptop pun macam dah kurang fungsi dah. Takpe la cik lappy, yg penting aku sayang ko. hahaha.

Me with my students yang sangat special, comel, innocent dan suka buat aku kelam kabut. haha

Insyaallah ada masa aku akan update entri pasal the comels ni lain kali. Sekarang ni nak amik mood berblogging dulu. Dah banyak lupa macam mana nak buat entri panjang-panjang. huhu

K bye. Till then,

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea