Monday, 14 July 2014

saudara kita

currently written by faie mohamad at Monday, July 14, 2014 0 criticisms


Akhir-akhir ni banyak kali jugak aku menangis sendiri. Bukan utk meraih simpati dari sesiapa. Dan langsung ku pendam emosi ini tanpa ada siapa pun yang tahu. Bukan menangis kerana ditinggalkan sesiapa atau kerana berkehendakkan sesuatu. Ia lebih kepada perasaan humanity yg padu.

Serangan zionis laknatullah terhadap Gaza benar2 menyentap hati.

Entah kenapa sejak berita Gaza diserang beberapa hari lepas, aku menjadi emosional yg teramat. Bukan tidak pernah Palesting diserang oleh zionis laknatullah. Bukan aku tidak pernah terbaca rakyat Syria diperangi, saudara kita di Mesir dan Rohingya dizalimi, umat Islam di Bosnia Herzegovina dibunuh beramai2. Bukan tidak pernah tahu. But because of time changed. Masa yg mengubah aku menjadi lebih dewasa dan peka akan isu2 umat. Usia yg layak di panggil ibu dan melihat kanak2 dibunuh secara kejam, serta merta terbayang akan insan2 yang disayangi sekeliling aku.

Mungkin ada yg ingat aku over. Mengada-ngada. Setakat bnda macam ni pun nak tulis dalam blog. Nak tnjuk prihatin konon. Biarlah orang nak kata apa. Tapi jujur aku katakan serangan Israel ke atas Gaza pada hari ini paling memberikan kesan mendalam pada aku. Mengapa?

Aku sendiri tidak boleh beri jawapan yg pasti. Cuma apa yg aku tahu setiap kali dipertontonkan gambar kanak2 Palestin yang sedang nazak sambil berlumuran darah dan kepala berkecai, otomatik aku terbayangkan anak2 saudara aku yang memang aku jaga dan sayang sangat2. Bila melihat mereka terseksa kesakitan sambil diacukan senjata, minda terus terarah pada Aakif, Damia, Qiesya, Alya, dan Fitri. Segera aku membayangkan andai mereka itu di acukan senjata oleh zionis. Masih mampu tersenyum dan heartless? Masih mampu scroll down news feed tanpa mengucapkan kata2 doa? Nauzubillah. Aku yang bukan ibu kandung mereka ini pun sudah terasa sakitnya inikan pulak bila si ibu melihat di depan mata anak-anak mereka ditembak, disembelih secara kejam dan dibakar hidup2 oleh zionis laknatullah. Aku tak mampu bayangkan jika suatu hari nanti aku berada di tempat ibu terbabit. Mintak dijauhkan.

Cuba bayangkan, apa perasaan kita sebagai orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah, yg melaksanakan rukun Islam dan rukun Iman tetapi masih lagi mampu memejamkan mata atas kezaliman dan kekejian sikap tentera Yahudi laknatullah atas saudara kita sendiri? Saudara kita yg turut berpuasa sama seperti kita, iftar dan sahur seperti kita, solat, mengucapkan kalimah suci syahadah sama seperti kita tanpa ada perbezaan walau sedikit namun kita masih lagi tidak terasa apa-apa akan kezaliman dan pembunuhan kejam keatas mereka. Manusia apakah kita? Masih layak dipanggil muslim yg mukmin yang menolong saudaranya melalui doa dan usaha?



Apakah seandainya yang dirobek perut itu adik lelaki kita. Yang ditembak bertubi-tubi itu ayah kandung kita. Yang dibom itu ibu kandung kita yang sebelum itu sempat menyediakan sahur itu kita. Yang dipijak-pijak itu adik perempuan kita. Dan yang di tampar bertubi-tubi itu adalah kakak kita. Masihkah kita hanya berdiam seperti ini? Dan membayangkan hanya sepintas lalu, eleh takkan jadi macam tu kat famili aku punya. Sedarlah saat itu nilai kemanusiaan anda terhadap dunia sejagat sudah hilang sama sekali.

Dan sampai sekarang aku masih terbayang. Andai suatu hari nanti aku berada di tempat seorang ibu, dan melihat di depan mata dan kepala sendiri anak kandung ditembak bertubi2 tanpa henti hingga jasad hancur berkecai manakala si suami disembelih hidup2.. Oh aku tak sanggup membayangkan apa yg bakal jadi pada aku selepas itu. Aku tak sekuat wanita2 itu yg hanya tersenyum dalam tangis sambil membayangkan mereka pasti akan bertemu di syurga kelak. Mereka sudah terdidik dengan syahid, tapi aku?

Pejam mata.

Kita, saudara seislam yang hanya mampu melihat tanpa berdaya melakukan apa2. Tiada juga syarat utk kita menjadi lebih empati dgn menjadi seorang Muslim sejati. Cukuplah dengan berjiwa seorang manusia kita dapat merasakan betapa peritnya kehidupan mereka yg bukan sahaja kehilangan harta benda, bahkan lagi perit kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata. Syurga yg bakal menunggumu wahai mujahid fillah. Bergembiralah kamu di taman2 syurga wahai pejuang Briged al Qassam serta yg lain kerana para bidadari sedang menantimu dgn penuh cinta dan kasih.

Again, if this woman who was massacred by zionist is your mom, will you just stay quiet? I cant even... T. T









Dear baby, everyone loves you. Really do. Remember that. Allah will always help you no matter what happen.

Kekuatan kita adalah doa. Yes, doa. Kalau tak mampu nak hantar senjata canggih utk zionis sekalipun, tadahkan tangan mohon doa agar kemenangan berpihak kepada mereka. Kepada kita. Yes, kita kan Muslim yg bersaudara. Cubit paha kanan, paha kiri turut terasa  Put some sense of humanity in yourself. Tak semestinya perlu update status 24 jam kat fesbuk, tweet pasal isu Gaza 1000 tweet sehari or upload ribu2 gambar kat stegrem. There's no need. Just berdoa ok. Doa lepas solat atau bila2 masa sahaja. Bulan puasa penuh barakah ini doa sgt mustajab. Mintak lah perlindungan dari Dia. Dia yg Maha Kuasa tidak akan sekali2 menghampakan.

"Anda tidak perlu menjadi Muslim yg maksum baru hendak mendoakan. Anda hanya perlu menjadi manusia".

Sunday, 29 June 2014

Salam Ramadan Al Mubarak

currently written by faie mohamad at Sunday, June 29, 2014 0 criticisms
Assalamualaikum..

Sedih bila lagi sekali blog ni bersawang. Ingat nk update macam biasa tetiba skrin laptop pecah. Tak tahu kenapa tengok2 bila bukak pagi esoknya nampak macam skrin bahagian dalam tu retak. Hampir pecah berderai. Remuk redam hatiku melihatnya.  sob sob. Kos nak baiki bukan murah, boleh beli notebook kot sebijik. Jadi nak tak nak terpaksa la lupakan aktiviti mendownload cerita and lagu2 kat youtube. Jugak utk mengupdate belog ni.

So alternatifnya terpaksa la update pakai henfon je. Alahai dahla skrin kecik,  nak tulis satu2 pun susah. Tak de mood daku menulis. Tapi demi minat semata2, sayang kat blog tadika ni punye pasai, tak pa la aku nak update jugak! Even takde org baca pn aku peduli apa.. kekekeke

Ehem. Berbalik pd tajuk utama, pasal ramadan ni lah, hanya Allah saja tau betapa hepi nya aku dapat bersahur, brbuka puasa, berterawikh bersama famjli tercinta. Dapat main masak2, try and error resepi, pastu dah takde simpton kempunan nk makan itu ini sebab segalanya bakal tersedia depan mata. Kalau sebelum ni just berpuasa di kampus, dua tahun berturut2 berpuasa di sekolah dek komitmen praktikum dan internship. Tuhan je tahu sedihnya hati ni bila terpaksa berbuka puasa sesorang time roomate balik kampung. Macam forever alone pulak bila makan sesorang, solat sesorang.. huhu.  Tuhan je tahu sakitnya hati bila terlepas waktu sahur disebabkan overslept. Sedar2 dah jam 6.30 dan hanya mampu memandang sayu nasi goreng kerabu yang dah sejuk atas meja study. Last2 buang gitu je. Tuhan je yg tahu stresnya bila sedar2 je dah hampir 7.30 malam disebabkan overslept jugak, kes terlampau penat balik sekolah jam 4.30. Lepas solat asar ingat nk lelap jap sedar2 hampir azan maghrib. Kelam kabut usah cerita. Terus turun cari makanan kat kafe tapi tengok tinggal sisa je. Nak order ala carte dah tutup. Last2 cari roti je kiosk(nasib baik xtutup lg). Sayu nye rasa time tu. Aku yang memang tak suka roti ni terpaksa jugak telan even terpaksa. Malam tu terpaksa menapak ke kafe mahalah lain semata2 demi sesuap nasi (okay yg ni over gila hahaha).

Semua tu dah jadi memori. Tinggal kenangan. Bila ingat balik macam kelakar even time tu sedih gila kot. hihi.

Teringat jugak masa puasa kt kampus dulu, salah satu cara nk jimatkan duit beli juadah berbuka, senang je. Iftar kat masjid. Makanan tu mmg tak sesedap kat bazar or masak sendiri tapi okay la, benda free kan. Kalau time tu balik sekolah awal aku ngn kawan2 jalan kaki ke SHAHS Mosque, kdg2 tu belum dah 6.30 dah terpacak kat ground floor tu. Kalau datang niat tak berapa nak baik, lepas je iftar, terus je balik tanpa smpat berjemaah. Solat kat bilik je dgn kwn2 yg lain. Orang lain iftar sebab nk solat berjemaah tp aku niat nak makan. hahaha. Okay tu antara memori paling best sepanjang kt UIA.

Okay la tu je cerita yg mampu ditulis. Naik lenguh dah tangan duk taip dpn skrin kecik ni. Nasib baik takde masalah rabun. Apapun selamat berpuasa ye kpd sume kawan2. Ada beberapa benda nak cakap ni. Terpulang la nak terima ke tak.

#Kat bulan posa ni, or bulan2 lain jugak, seeloknya kurangkan buat benda yg tak berapa perlu. Syaitan diikat. Hanya tinggal nafsu je. Kawal sebaik mungkin.

taken from fb (ukhti troll)


#Jangan pulak selfie lepas buat ibadah. Lepas terawih duk selfie. Before terawih pun dah berpuluh2 gambar upload smata2 nak cakap kt orang yg kita ni buat ibadat. Tak perlu kot. Sembunyikan kebaikan yg dibuat sebagaimana kita sembunyikan aib diri ya


#Buat checklist utk Ramadan. Apa yg perlu ditingkatkan dan apa yg kene buang terus dari schedule. Buat secara istiqamah. Curi waktu busy tu utk buktikan pada Pencipta kit yg Dia tetap nombor satu walau apa keadaan sekalipun.

#Bulan puasa bulan yg bagus utk turunkan berat badan. Jangan pulak bila dah masuk waktu berbuka semua benda nak telan. Ingat, anda bukan tong sampah. Anda manusia. Pastu bila tak muat baju raya mulala duk menggedik cakap itu ini.. kekekeke

#Masak utk famili. Ni dpt mengeratkan. Ada berpuluh ribu resepi boleh google anytime. Nak or taknak je




Okay itu saja kot setakat ni. Hehe.  Assalamualaikum dan babai!


 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea