Friday, 5 April 2013

SOMETIMES

currently written by faie mohamad at Friday, April 05, 2013 2 criticisms

Assalamualaikum...

Salam Jum'ah barakah to everyone..

Kadang-kadang untuk membuatkan hati kita lembut kembali, kita perlu diuji. Diuji dengan ujian yang mampu menggoyahkan tembok ego dan membuatkan kita kembali berfikir dan terus berfikir. Sejauh inikah tindakan aku? Mengapa aku langsung tidak sedar rupanya sebegini bodoh aku bertindak? Bukankah ia sudah melampaui batas?

Manusia, jika mula lalai dan alpa dalam sesuatu tindakan, Allah pasti akan mendatangkan sesuatu  sebagai isyarat atas perbuatan yang kita lakukan sebelum ini. Ia sudah cukup membuktikan bahawa Dia tidak mahu hambaNya semakin hanyut dan terperangkap dalam lorong gelap dan dosa yang makin membelit.

Kadang-kadang ada baiknya jika kita diuji dengan ujian kegagalan. Meskipun ia perit, namun untuk menggapai nikmat kejayaan, ia harus bermula dari bawah. Ia harus dimulai dengan 'nikmat kegagalan' terlebih dahulu. Supaya bila kita berada di atas, kita mampu untuk menjengah ke bawah dan melihat kembali betapa getirnya hidup kita dahulu dan membuatkan kita makin menghargai dan bersyukur.

Kadang-kadang ada baiknya kita diuji dengan ujian perpisahan. Ditinggalkan tanpa sebab khusus pasti menyakitkan. Takut untuk melupakannya kerana bimbang tidak akan ada lagi orang sepertinya. Bimbang tidak ada siapa-siapa lagi yang akan mahukan kita selepas dia. Hati diselubungi kesedihan yang berpanjangan hingga menyebabkan diri makin tidak terurus. Ini melemahkan.

Allah tidak pernah menghantar orang yang salah kepada hambaNya. Setiap apa yang diberikan olehNya mempunyai sebab dan tujuan tertentu. Untuk membolehkan manusia belajar bagaimana untuk menghargai yang lain, saling berkasih sayang, memakmurkan kedaulatan ummah. Meskipun yang datang itu adalah musuh, ia bertujuan untuk menguatkan diri, mempersiapkan diri dengan pelbagai cara untuk menentangnya. Bukan untuk membuatkan jiwa makin rapuh dan tidak berdaya. Apatah lagi yang Allah hantar itu adalah orang yang kita perlu kita semai dengan baja kasih sayang. 

Ada baiknya juga jika kita ditinggalkan. Allah hanya mahu kita menjadi seorang yang bijak menilai. Ada baiknya dia datang dalam hidup kita kemudian meninggalkan kita tanpa sebab, dan kemudian datang pula insan lain memberi harapan yang sama. Tetapi kerana kita pernah mengalami pengalaman yang sama seperti dahulu, kita pasti dapat menanganinya dengan lebih baik dan bijak. Sudah pasti kita dapat menilai orang yang seterusnya itu dari kaca mata yang berbeza; samada dia ikhlas atau hanya pandai bermain kata. Sudah pasti ia membuatkan kita menjadi makin kalis dan tidak mudah rebah. 

Kadang-kadang hati berasa gelisah tanpa sebab. Membuatkan kita bertindak diluar logik akal dan pertimbangan yang sepatutnya. Kadang-kadang ia didorong oleh rasa marah yang terpendam dan semakin membuak di jiwa. Terkadang ia disebabkan oleh dorongan perasaan yang tak menentu. Juga kerana ia disebabkan oleh 'unfinished business' yang hanya mampu dipendam tanpa ada siapa yang dapat meneka isi hati didalamnya.

Apabila kegelisahan dan kekecewaan datang menghuni, berilah ruang pada diri untuk bermuhasabah dan berfikir. Ada kalanya adalah petanda dari Tuhan untuk mengingatkan kita dari sesuatu. Mungkin ada perkara yang terselindung tapi tak mampu dihurai dengan makna biasa. Hanya Dia yang mampu menjawab segala persoalan.

Sejenak renungkan kembali.

Boleh jadi kita terfikir, mengapa dalam hidup ini kita tidak pernah merasai kegembiraan yang berterusan? Kenapa hanya kesedihan yang melanda badai hati? Mengapa kita tidak mampu untuk menikmati nikmat bahagia yang dikecapi seperti orang lain? Adakah ia tanda kifarah dosa yang sebelumnya? Mengapa kita?

Allah sentiasa mendidik hati kita untuk bergerak dan mencapai redhaNya yang satu. Mana mungkin Dia membuatkan hambaNya menangis tanpa henti atas pelbagai masalah yang tidak putus? Disebalik kesedihan itu, pasti ada kebahagiaan yang terselit. Cari lah ia dalam kamus takwa dan tawakal.

Manusia tidak akan mempunyai apa-apa selain daripada pengalaman hidup. Kita tidak memiliki apa-apa pun selain itu. Justeru jika datang ujian yang melemahkan, mengapa kita juga harus lemah? Mengapa tidak dilawan dan menjadikan ia pengalaman paling indah?

Sekadar berkongsi.



source: tumblr


“If Allah knows (any) good in your hearts, He will give you (something) better than what was taken from you.” [8:70]

Wednesday, 3 April 2013

Birthday

currently written by faie mohamad at Wednesday, April 03, 2013 6 criticisms
Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Thanks Allah. Syukran ala kulli haal..

Mingtian shi wo de shengri.

Kino wa watashi no tanjoubi deshita.

Yesterday was my birthday.

Eid Milaadi sai'ed ya enti!

Syukur pada Allah masih lagi dipanjangkan hayat untuk terus bernafas di muka bumi ini. Syukur kerana usia sudah hampir menjangkau suku abad dan masih dikurniakan kesihatan yang baik, insan-insan sekeliling yang masih tidak putus-putus memberi dorongan, famili yang selalu memberi support dan sangat membahagiakan, kehidupan yang memberikan aku senyuman yang tak putus. Alhamdulillah Alhamdulillah.

1 April. Tarikh yang bagi aku sangat comel. Tak tahu kenapa dari dulu lagi aku anggap tarikh ni cantik, tak tahula kot2 aku je yang perasan lelebih. Walaupun selalu dikaitkan dengan April Fool la ape la, aku langsung tak kisah pun. Janji tak sambut, tak raikan dan tak dajalkan orang macam2, bagi aku ia tetap 1 April. Terima kasih emak lahirkan aku tarikh ni. hehehehe galok!

Bila tibanya tarikh tersebut, ia bermakna usia aku sudah melangkah ke tahun yang satu lagi. I'm no longer 23 year old girl. 23 year old girl yang banyak kenangan dan memori tersimpan, dan sudah sampai masa untuk aku menguburkan semua memori yang tidak diperlukan. Bukak kitab baru, bukak mata besar-besar, pandang ke hadapan dan mula mengorak langkah ke depan. Takde2 nak toleh belakang dah, takde2 nak ingat balik peristiwa terdahulu dah. Takde2. InsyaAllah.

Tahun ni aku berbesar hati ajak kawan2 rapat celebrate tarikh yang kononnya keramat ni ramai2, belikan kek dan tiup lilin sambil disaksikan oleh abang-abang KFC yang asyik tergelak je tengok gelagat kami yang macam apa dah time potong kek, tapi itu yang sweet. Bukan senang nak kumpul ramai2 macam ni sambil bergembira sakan... kannn


Paling best, aku share tarikh birthday yang sama dengan sahabat baik sendiri, Balqis. Walaupun lahir pada tahun yang berlainan, kami berkongsi perangai yang sama. Gila-gila.  My buddy, my everything. Happy Birthday Balqis :)









Thanks pada yang sudi wish birthday kat hamba Allah ni samada melalui Fesbuk, Instagram, Whatsapp, LINE, and even sms yang aku hargai sangat2. Dan jugak hadiah2 dari kawan2 rapat serta dari family yang buat aku sangat touching and speechless. Thanks Thanks Thanks. Tak tahu nak cakap apa dah. Terharu sesangat huhu.


''Friendship is not how long you've been together, it isn't how much you've given or received, nor how many times you've helped each other. But it's how you value one another''


=)


p/s: Draft entri hari Selasa tapi hari ni baru sempat publish. Tetiba rasa janggal pulak bila belog ni lama tak terupdate.

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea