Friday, 8 February 2013

kebenaran itu...

currently written by faie mohamad at Friday, February 08, 2013 3 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Some people might say, 'berkata benarlah walaupun pahit'...Yes.. I admit that. To tell something truth might be hard for anyone and the impact of it could be seen later on. People's expression might be differ and yup.. aku tahu kadang2 tak perlu nak ungkit and bagitahu something yang mengaibkan kita or orang lain kpd sesiapa. Ibarat bukak pekung di dada sendiri. Orang akan looked down kat kita and pandang serong dan persepsi diorang may be akan berubah 360 darjah after that. Kebenaran mungkin pahit untuk ditelan, tetapi itulah kenyataan.

Bila peristiwa terdahulu diselongkar kembali, for sure banyak tanggapan negatif timbul. Then bila ia diungkit kembali, banyak kebenaran tersingkap. Bila ia terbongkar, makin banyak hati yang terluka. Entah berapa kali aku cuba neutralize but the thing still remain on. Why did not we just move on? It's far better right?

Pada aku, postmortem untuk satu program yg dah dilaksanakan hampir berbulan lamanya, tak perlu la diungkit kembali. Some blunders and absurdities have crept in- and buat ramai tak puas hati dan terluka hati mereka. Baru je nak free dari semua tuh, sekali bila semua sekali diungkit seolah2 membuatkan hati menjadi makin panas. Baru je nak cuba lupakan semua yang terjadi and tak nak dah ungkit semua perkara yang menyakitkan, bila isu ini dibangkitkan dalam suasana yang sebelum ni harmoni, makin ramai yang buat muka tak puas hati. Sindrom 'aku yang salah ko pun lagi banyak salah' mula timbul.

Kebenaran. Mungkin sukar untuk diluahkan. Juga sukar untuk diterima apatah lagi diambil peduli. Bimbang ada hati yang terluka dan sedih dek penangan kata2 yang menusuk hati. Tapi andai ia tidak dibicarakan, mana mungkin mereka mengetahuinya?

Berdiam diri? Yes, perhaps could be done.. But how about our exact feeling to it?

Bila giliran aku untuk meluahkan perkara yang ingin sekali dibicarakan, aku hanya berkata,

'Perkara ni dah lama. Saya tak mahu terlalu ingat akan benda lepas and ingat balik something yang menyakitkan hati. Tapi apa yang ingin saya katakan, to be a leader, is not something easy. Jadi seorang leader tak semestinya kita sewenang-wenangnya beri arahan kepada sesiapa and marah sesuka hati. Apa salahnya kalau leader tu turut sama membantu? Instead of using the word 'I' and 'U', we can use the word 'WE', isn't it? It's more acceptable and for sure we can do our task harmoniously. Kami sebagai orang bawahan sedia terima sebarang jenis arahan, tak kisahla berat or ringan, but.. please, make it in a proper way. Don't be too bossy and tahu nak arahkan itu ini sedangkan diri sendiri tak turut sama membantu...'

Ia benar.. Ia adalah kenyataan.. Fact! Tapi pahit untuk ditelan bagi leader yang dimaksudkan. Terasa hati? Perhaps. Unintentionally did it without any purpose? May be.. but we're also human too.

Don't simply make it as your practice.

Till then.


Tuesday, 5 February 2013

bila doa dimakbulkan

currently written by faie mohamad at Tuesday, February 05, 2013 13 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entri baru untuk sem baru ini.. jugak untuk bulan Febuari ni.. weheeee~

Bila bercakap pasal doa, ia ada kaitan dengan keinginan kita untuk menyampaikan sesuatu padaNya, samada berbentuk positif or negatif. Doa, besar impaknya dalam hidup seseorang.Kuasa sebuah doa mampu menenggelamkan kebatilan, menegakkan yang haq dan mengubah hidup sesuatu makhluk. Doa menjadi penghubung utama antara makhluk dengan pencipta. Tanpa doa, ia secara halusnya menggambarkan betapa angkuhnya manusia kepada Dia yang Maha Kuasa bahkan hanya mengharapkan usaha semata2.

Peristiwa malam tadi masih segar dalam ingatan.

3rd Febuari 2013. Sejak rasa diri ni senior (tak macam time junior dulu asyik ikut peraturan je), aku tersangat suka kembali ke kampus last minute. Dalam erti kata lain sangat suka tempah tiket saat akhir yakni waktu malam dan esoknya kelas pun start. Bukan apa, tak puas lagi hirup udara segar di kampung, jenguk kambing peliharaan, bagi kucing makan, sapu daun-daun kering belakang rumah.. semua tu nostalgia tau dak!

So memandangkan kuliah bermula hari ini, aku pun merancang naik bas malam sebelum itu... Malam tadi lah senang cerita. Tempah tiket Bas Perdana sebulan sebelum tu and pilih seat single. Tapi bahagian bawah sebab bas tu dua tingkat. Lor.. lupa nak bagitahu abang aku nak request tingkat atas. Bukan apa, bila teringat kejadian2 tak diingini, biasanya yang paling teruk efeknya adalah penumpang bahagian bawah. Berat hati campur tawakal dan doa banyak2.. Tu je yang termampu.

9.00 pm. Masa dalam bas sempat lagi aku berdoa,

'Ya Allah, janganlah bas ni sampai kat Greenwood cepat sangat yakni before pukul 6. Bagila apa-apa halangan janji bas sampai selepas pukul 6...'

Mungkin doa aku nampak bangang and tak logik, tapi sebetulnya ada sebab kenapa aku berdoa macam tu.

Pertama, sebab bila sampai sebelum pukul 6 tak ramai sangat orang kat situ. Bahaya sebab bas akan behenti kat tepi jalan tu je. At least lepas pukul 6 orang dah start pergi kerja and makin ramai kt situ and buat aku rasa selamat.

Kedua, charge teksi sebelum pukul 6 adalah 50% lebih tinggi. Contohnya kalau tambang teksi yang tertera tu RM10, akan jadi RM15. Dahla biasanya aku sorang je yang naik teksi ke mahalah. Maunya pokai kalau banyak kali buat macam tu.

Ketiga, sebab aku takde kunci bilik. Pagi tadi baru check in mahalah and amik kunci. Kesian pulak kat roomate ketuk pintu bilik pagi2 buta... Dahla masing2 penat kemas bilik malam tu. Tak sampai hati nak kejutkan awal2 bukak pintu bilik... Mungkin nampak remeh tapi bagi aku besar la jugak.

Perjalanan waktu malam bagi aku takdela penat sangat cuma nak tidur nyenyak macam tidur dalam bilik tu memang tak la. Minda sentiasa berjaga2 takut terlepas stesen tapi at least boleh lelapkan mata sejam dua. Sebab tu aku tak suka ambik tiket waktu siang sebab for sure aku akan muntah2 and rasa sangat tak selesa nak tidur dengan cahaya matahari yang tersangat terang tuh.

3.00 am. Bila bas dah gerak sampai Kuala Lipis yakni dah half way perjalanan, tiba2 time tengah mamai aku dengar macam letupan, taklah kuat sangat tapi cukup buat kami semua terjaga. Ingatkan aku sorang je yang dengar. Masing2 dah cuak bila bas tiba2 berhenti kat tepi jalan. Then kami dengar driver bas tu kejutkan pemandu sorang lagi yang tidur, 'Bangun weh, kecemasan nih...', dia cakap macam tuh. Lagi la kitaorang semua takut, dahla tengah2 hutan, betul2 depan tokong Buddha.

All of sudden kami nampak kepulan asap dan bau hangit yang sangat kuat. Rasa debaran makin kuat untuk mengetahui apa yg berlaku. Terus aku capai kasut dan tarik beg laptop kat bawah seat tapi tersangkut pulak kat seat kaki tu. Sekuat hati aku tarik tapi tak berjaya jugak. Then kami dengar pengumuman semua penumpang kena turun segera. Bayangkan semua berasak-asak keluar selamatkan diri. Aku cuma sempat ambik handphone je and purse je. Tak putus2 aku berdoa moga2 barang2 yang lain selamat dalam tuh. Haih sempat lagi.

Tak lama lepas tu, satu demi satu bas lain berhenti bagi pertolongan dan keluarkan fire extinguisher dari bas masing-masing. Rupa-rupanya tayar bas meletup dan hancur teruk plus ada kebakaran kecik kat situ. Nasib baik smpat sembur dengan alat pemadam tuh. Masing2 dah pucat sambil buat muka blurr. Maklumla semua tengah mamai, jadi pulak macam ni, memang semua buat muka cuak dah.

Then kami diarahkan naik mana2 bas yang ada seat kosong. Bila driver bas tu tengok muka aku terus dia arahkan aku naik bas Mutiara kat belakang yang tengah menunggu. So aku tarik beg ke sana. Dahla beg berat macam batu, sampai terkoyak bagasi aku tuh tarik beg dalam gelap.

Naik je bas tu memang takde pilihan lain terpaksa duduk sebelah mamat Nepal dari mana ntah. Takut jugak tapi buat2 berani. Nasib baik muka dia serius memanjang macam askar hutan baru lepas training, dibuatnya muka gatal maunya kena penampar sebijik hahaha.

Then bila dah dapat bernafas dengan tenang dan merelakskan diri, baru aku teringat kembali doa yang aku mohon sebelum tuh. Rupa-rupanya Allah memakbulkan doa aku dengan cara macam tu. Diberinya aku insiden yang membuatkan nafas aku hampir berhenti dan kemudian memberi kemudahan tanpa sebarang halangan. Walaupun rasa cemas tak terhingga tapi Dia buat aku sentiasa yakin akan ada pertolongan dariNya. Betapa penyayangnya Dia  :')

And Alhamdulillah, finally I managed to arrive at Greenwood by 6 am. Memang ramai warga UIA yang menunggu dan aku naik teksi bersama dua student UIA yang lain. Jimat dan efisien hehehe.

Dan hari ini, disertai sedikit penat dan mengantuk, aku selesaikan apa2 urusan yang patut di ofis. Mungkin ada sedikit trouble tapi aku yakin Allah pasti memudahkannya dengan izinnya. Rabbi yassir wala tuassir, ya Kareem...

Doa adalah anugerah Allah pada hambaNya untuk melihat sejauh mana kebergantungan kita padaNya. Selepas berusaha, maka berdoalah. Tukar istilah 'usaha tangga kejayaan' kepada 'doa tangga kejayaan'. Usaha tinggi macam mana sekalipun tapi andai andai ada rasa ego untuk memohon pertolongan kepada Maha Pencipta, ia adalah sesuatu yang sia-sia.

''Doalah padaKu, nescaya akan Ku perkenankan...''( 40:60) 


Semua doa yang dipohon termakbul, cuma jalannya mungkin berbeza dengan apa yang diinginkan.


Sentiasalah bersangka baik padaNya! Untuk Allah menghampakan hamba-hambaNya, tidak sama sekali. Even iblis yang kufur kepada Dia pun dimakbulkan permintaanya untuk menyesatkan manusia, apatah lagi manusia yang sujud kepadanya 5 kali sehari, for sure Dia mengabulkannya. 


Ya Allah, jadikan kami hamba-hambaMu yang sentiasa menurut perintahMu dan tanpa jemu terus menghambakan diri padaMu. Tempatkanlah kami dan orang yang kami cintai ke tempatMu yang paling mulia. Berikanlah hidayah kepada kami agar kami sentiasa bersyukur.



 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea