Friday, 5 October 2012

OBSES!

currently written by faie mohamad at Friday, October 05, 2012 1 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wanshang hao!

Selamat petang!

A simple entry by the owner of this simple blog in the lovely evening.

Tak kira walau sebanyak mana pun cinta yang kau serahkan kepada seseorang, it doesn't mean that you must close your eyes atas habit buruknya pada orang sekeliling kamu.

Walau sekuat mana pun sayang kamu pada dia, dia hanya insan biasa yang bukan untuk dipuja. Jadi walau sejauh mana cinta dia terhadap kamu seorang, itu bukan tiket untuk dia membenci orang sekeliling kamu atas faktor dia-seorang-yang-anti-dengan-perempuan-melainkan-hanya-kamu.

Setinggi mana pun rasa kasih kamu terhadapnya, tetapi jika dia boleh menyakiti orang yang kamu sayangi di sekeliling kamu tanpa sebab kukuh, tinggalkan lah dia. Mengapa? Kerana tak mustahil bila dia sudah bosan dengan kamu, dia pasti akan tinggalkan kamu dan memusuhi kamu sama seperti mereka yang lain.

Tanpa kamu sedar, betapa banyak hati yang terluka, betapa banyak jiwa yang telah kecewa. Kamu hanya memandang pada cinta yang seakan plastik tapi kamu tak melihat betapa pedihnya hati ini bila dia mengatakan benda yang buruk-buruk pada aku.

Aku mungkin tidak tahu, tapi Allah Maha Mengetahui.

Mengapa perlu obses, dear? Kenapa perlu menafikan perkara yang sudah terang-terang dilihat dan ditafsir oleh yang lain? Kenapa hanya kerana dia, kau sanggup menutup mata atas perbuatan buruknya pada orang sekelilingmu walhal selama ini dia juga banyak menyakitimu? Walhal orang2 sekelilingmu itu lah yang banyak membantu mu kala keperitan. Matang sangatkah orang sebegitu?

Jika benar dia itu seorang daie, dia tidak akan memegang hati seorang wanita tanpa ikatan yang sah. Menelefonnya kala malam menghampiri, dan kau sengaja melunakkan suaramu untuk dia. Kalau benar dia itu seorang yang gagah perkasa, dia tidak akan sekali-kali menyakitimu dan orang sekelilingmu atas perbuatan buruknya itu. Kalau dia itu seorang lelaki mithali, pasti dia tidak akan mengungkapkan kata-kata manis yang selayaknya didengar dari mulut seorang suami.

Cinta itu fitrah, tapi kadangkala boleh menjadi fitnah.

Paling penting, jangan menjadi seorang yang terlalu obses!

Terima keburukannya, tetapi jangan tutup mata hati semata-mata untuk menerimanya.


Pendapat aku, seorang lelaki, jika benar dia menginginkan kamu sebagai isteri, dia tidak akan melumur noda-noda dosa pada diri kamu, kerana dia tahu kamu begitu berharga untuknya. Dia takkan sekali-kali mendekati kamu dan keluar dengan kamu, tetapi dia akan mendekati walimu terlebih dahulu. 

Lelaki yang gagah perkasa ialah bila dia mampu melawan hawa nafsu, bukan sampai obses dengan kamu, tetapi dengan yang lainnya, dibuat seperti musuh yang bakal diperangi.

Tinggalkan lah orang sebegitu. Dia memang tak layak untuk kamu.

Till then.

Tuesday, 2 October 2012

sini pun dah tak selamat

currently written by faie mohamad at Tuesday, October 02, 2012 7 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sekarang ni aku benar-benar rasa insecure bila berada kat sini. I mean kat kampus ni. Mana tak nya bila bukak je IIUM ONLINE, mesti ada je kes2 yang melibatkan mahalah sisters kat sini di ceroboh la, sisters diekori foreigner berkulit hitam kat ATM la, male technicians yang bebas keluar masuk mahalah sisters sesuka hati lewat2 malam tanpa sebarang anouncement dari ofis. Sampai naik seram dibuatnya.

Kalau dulu aku selamba je balik kelas yang kat bangunan Aikol tu pukul 12 malam tanpa ada sesape pun yang teman. Nak buat macam mana, kelas tu sepatutnya habis pukul 10 tapi sebab kena selalu siapkan proposal dan kerja tertunggak, trainer aku tak bagi kami balik. Pernah sekali bila dia tengok muka aku yang tersangat pucat sebab tak makan dari pagi baru dia bagi balik pukul 12 sebab kelas tu habis pukul 1 pagi. Haih lepas ni memang konfem aku tak amik kelas dengan dia. Tapi waktu tu aku still tak rasa cuak sangat bila jenjalan sorang-sorang nak2 bila melewati belakang library yang sunyi tu.

Kalau dulu aku still lagi berani keluar duit dari ATM even time maghrib sekalipun usai kelas. Kalau dulu aku okey je stay up sorang2 sampai pukul 3 pagi dan pergi toilet tanpa kejutkan roomate yang sedang tidur. Kalau dulu aku suka sangat duduk kat satu sudut kat ground floor blok aku sambil menikmati angin malam pukul 11 malam dan layan perasaan sorang2 tanpa ada sebarang gangguan.

Tapi sekarang? Nak pergi toilet pun kena berteman. Nak pergi keluar duit kat mesin ATM pun waktu belajar je. Nak jalan2 sorang2 kat library malam2 pun dah tak berani macam dulu dah. Seram. Nak jalan pergi kafe pun tak berapa nak yakin dah gi sorang2. Kalau takde orang teman alamatnya tak makan la aku malam tu.

Sebab apa? Macam yang aku bagitahu tadi, terlampau banyak kes2 yang tak diingini berlaku kat kampus kebelakangan ni. Yang buat onar, bukan student, tapi orang luar. Lepas kecoh kes lelaki berbogel kat perkarangan mahalah aku, sampai sekarang aku rasa seram sejuk semacam. And lelaki tu jugak disyaki orang luar. Heran jugak aku kadang2, dalam banyak2 tempat asal kat sini jugak diorang buat onar?  Tak boleh ke pergi tempat jauh sikit? Kat pub ke disko ke pusat hiburan ke, I mean kat situ ramai kot yang meng'ofer'kan diri. Tak perlu ganggu ketenteraman students kat sini yang rata-ratanya berwajah suci dan murni ni. HAHA

Nak salahkan pihak security 100 percent tak boleh jugak sebab kadang2 perkara ni jadi tak terkawal. Walaupun ada yang jenis lepas tangan, but it's okay la as long as pihak atasan dah ambik tindakan yang sepatutnya kat diorang, dah adil la tu.

Cuma yang buat rasa sangat2 tak puas hati bila male workers selalu je datang kat blok aku dan yang lain lewat2 malam.  Time maghrib pun ada. Without any notice and announcement from office. Tu yang buat kami rasa tersangat2 sebal. Maybe jugak diorang ni duk fikir sisters ni 24 jam bertudung dan berbaju kurung agaknya.

Aku tak kisah diorang nak buat kerja diorang. Buatla, dah itu amanah dan tanggungjawab yang bakal dipersoalkan nanti. Yang menjadi persoalannya, perlu ke sampai larut malam? Diorang ni 24 jam tak tidur ke? Ke sangat komited dengan kerja sampai tak tidur2 sampai pagi? Pulak tu bila tengok sisters macam tak tengok manusia selama 400 tahun. Tu yang menjadi isu sekarang. Kalau sekali sekala tak apa, ni kadang2 hampir setiap malam aku dengar suara diorang time lewat malam. Takut, sangat2 takut. Kalau jadi apa2 yang tak diingini sape yang nak bertanggungjawab?

Sebab tu bila aku terbaca satu post kat IIUM ONLINE tentang seorang sisters yang marahkan pihak security tentang biliknya diceroboh, aku terkejut la jugak tapi tak hairan sangat. Sebab apa? Sebab diorang boleh keluar masuk dalam kawasan hostel atas tiket urusan kerja. Memang la penceroboh tu belum dipastikan lagi samada dia tu technician or orang luar, but of course dia boleh menyamar kan?

What is our exact right at here? SAFETY of course.




(pemandangan di Female Sport Complex IIUM waktu senja. UIA ni sangat menenangkan actually :)


"Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan kezaliman manusia."


Sama-sama kita berdoa semoga dijauhkan dari segala bahaya.
 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea