Saturday 26 October 2013

Dalam hati siapa yang mengerti?

currently written by faie mohamad at Saturday, October 26, 2013 0 criticisms
Assalamualaikum...



Apa yang dilihat secara luaran tidak semestinya menggambarkan apa yang terpendam. Kadang kala ia jauh menyimpang dari apa yang kita sendiri rasa walau pun kadang-kadang ia membenarkan apa yang naluri bicarakan. Terkadang hati tertanya, perlukah kita menayangkan segala isi hati kita kepada setiap insan? Perlukah kita untuk sentiasa menyembunyikan kesedihan dan kelemahan emosi kita pada mereka? Haruskah dicanangkan kepada semua orang tentang apa yang terpendam?

Bukan bererti kita perlu menjadi seorang yang hipokrit atau berpura-pura, namun ada kalanya tidak semua perkara harus diluahkan. Hidup kadang perlu diprivatekan. 

Kerana dalam diri kita tercipta satu organ yang sangat berharga dan kompleks. Hati. Kadang kala kita sendiri tidak mampu mengukur dan menilai kedalaman hati sendiri, inikan pula orang lain. Sedangkan kita sendiri sukar untuk menurut kata hati, inikan pulak memaksa orang lain mengikut kata naluri dari hati sendiri. Ia sebuah organ yang tercipta untuk segala jenis perasaan manusia. Rasa sukacita, sedih, kecewa, stres, mahupun dendam amarah, semuanya tercipta dari hati. Hati yang kadang kala remuk kerana disakiti akhirnya bercantum kembali saat kebahagiaan menghampiri, biarpun cantumannya tidak mampu untuk menampalnya sesempurna yang asal.

Kerana pemilik hati-hati itu hanya Dia. Allah Yang Maha Besar.

Boleh dijaminkah saat kita gembira orang lain juga sedang mengecap kegembiraan dan tersenyum ketawa? Adakah ketika dia bersedih orang juga turut bersedih atas kehilangan dan kecelaruan? Andai kita tahu kegembiraan yang dirasai itulah merupakan titik kesedihan bagi seorang insan. Seandainya kita mengerti bahawa kesedihan yang tercipta itu merupakan titik tolak dari episod kebahagiaan seseorang. Andai kita tahu.. 

Bahagia kadang kala tidak mampu diukur mahupun dinilai melalui perbuatan dan kata-kata. Tidak cukup dengan sebuah ekpresi muka yang terbit dari hati, dalamannya belum tentu lagi hatinya benar-benar sedang berbunga. Terkadang dia hanya bisa melafazkan, tetapi untuk menghayatinya dan menunjukkan rasa bahagia itu kadang kala dia tak mampu. Hanya Dia yang mampu menilai.

Jiwa yang sedih juga tidak dapat diekspresikan melalui air muka dan perbuatan semata. Ada insan yang suka menyembunyikan rasa duka itu dengan menayangkan segaris senyuman yang terukir dan berpura-pura pandai mencipta suasana gembira, walhal dalam hati siapa yang tahu. Pura-pura membuang rasa sedih itu dengan bergelak ketawa dan membuat lelucon didepan khalayak semata-mata tidak mahu dianggap lemah dan tidak kuat. Juga sedaya upaya untuk menggembirakan hati mereka yang tersayang dengan memberikan segala kemahuan, walaupun jauh di sudut hati dia sendiri tidak pernah menerima dan mendapat kemahuan tersebut.

Tiada siapa mampu menyangka, disebalik senyuman yang terukir itu tersembunyi duka yang pedihnya tidak terlihat dek mata kasar, tapi  kesan mampu menggoyahkan sebuah jiwa. Tiada siapa yang menduga disebalik mimik muka yang tergambar kita sebenarnya sedang menyembunyikan sebuah luka.

Kita ingin menangis. Ingin sekali dikhabarkan kepada seluruh isi dunia betapa sakitnya ia, namun kita tidak mampu. Takut diketawakan.

Sebab hidup ini adalah lumrah. Bukan semua yang menjadi kemahuan itu bakal diperoleh. Tidak semua kesakitan itu benar-benar menyakitkan, bahkan ia sebenarnya ia lah penawar yang selama ini di cari. Namun dek kerana ia terselindung di sebalik sebuah jelmaan hodoh dan mengerikan, tidak ramai yang ingin menghampiri. Boleh jadi rupanya ia lah permata yang tersembunyi dibalik timbunan jerami dan hanya mereka yang terpilih mampu menjumpai.

 Apapun, kembali lah pada Dia yang Maha Satu. Andainya kita tahu bahawa Allah sudah cukup untuk kita, sudah pasti rasa pilu itu membuah ceria. Pasti rasa senyum itu mengintai setiap saat. Kerana hanya Dia lah tempat untuk mengadu, meluah rasa dan menyerahkan diri untuk setiap detik.

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”-Ali Imran:173

Jika itu yang dijanjikan olehNya. Pasti rasa tenang itu segera menyelinap dalam diri. Pasti rasa resah gelisah itu segera menghindar. Dan juga pasti Allah menghantarkan seseorang untuk membuat diri terasa tenang dan aman. Kerana Dia lah sesungguhnya Yang Maha Penyayang.

Allah memberikan kita ujian agar kita bertambah teguh. Untuk membuatkan kita kembali mengenanginya sebagai satu-satunya Pencipta di atas muka bumi ini. 

'Ingatlah Aku maka Aku akan mengingatimu..''-Al-Baqarah:152


# Dan seandainya suatu hari nanti kamu tidak tahu kemana ingin mencari, andai suatu hari nanti tiada sesiapa ingin memberikan telinga untuk ditadah, khabar kan saja kepadaku bila-bila masa. 

Aku ada.

Sunday 6 October 2013

Being practical counselor is awesome

currently written by faie mohamad at Sunday, October 06, 2013 2 criticisms
Assalamualaikum...

Living in a not-so-hectic-life but putting me in a deep thought and profound contemplation for 14 weeks really taught me that being a teacher is not such an easy thing. It is a must for us to not only care about ourselves but also for others. Somehow a small mistake would affect the whole people instead.

So, sape cakap jadi cikgu tu senang?

Sejujurnya, seperti yang aku pernah mention sebelum ni, profesion perguruan bukan lah satu pilihan utama untuk aku. Yes, aku memang minat nak jadi cikgu but ada kerjaya lain yang lebih menarik minat even takde la fun sangat pun. Tapi dah tertulis kat Luh Mahfuz, this is my fate, my journey of life and I have to regard it as my choice also. Alhamdulillah as time goes by, aku boleh nampak bidang ni makin serasi dengan minat aku yang suka sangat bergaul rapat dengan toddlers and adolescents ni and yeah, it is much more awesome and amazing I see.

Selama 14 minggu aku berpraktikal di sekolah ni, bermula 25 Jun sehingga 4 Oktober, you know, it is unexplainable feeling that I can tell everyone about this. Bukan tak ada momen pahit atau annoying, memang ada dan tak boleh dielakkan, tapi bagi aku momen manis memang mengatasi segalanya. Can you imagine, bila kat sekolah tu dengan pandangan sinis sesetengah guru yang memandang rendah pada kami yang hanya bergelar guru praktikal ni berbanding mereka yang mostly dah mencapai gred DG44, but di mata students guru praktikal ini lah yang menjadi favourite student. Tak percaya, tanya lah sesiapa yang pernah atau sedang menjadi guru praktikal. Semuanya mostly akan cakap ada great attachment dengan students. Why? Sebabnya menurut mereka:

# ''Cikgu praktikal ni umur pun tak jauh beza dengan students sekolah menengah macam kami ni. Jadi cikgu lebih faham jiwa kami, feeling or nature kami sebagai remaja. Kalau cikgu yang senior biasanya diorang tak ambik port pun kalau kami cerita pasal masalah remaja ni. Semua buat muka tak layan je..''

# ''Cikgu praktikal bukannya ada kat sekolah ni sampai bertahun pun. So kalau kami ada masalah and cerita kat cikgu, then cikgu transfer kat tempat lain, rahsia tu selamat dan takde orang tahu. Kalau cikgu yang lama kat sekolah ni, memang kami segan nak cerita sebab for sure hari2 jumpa dia dan possibility untuk dia cerita kat sape2 tu tinggi..'' Erkk

# ''Cikgu praktikal lebih mesra dengan pelajar. Kalau ada buat aktiviti pun lebih kepada entertainment sesuai dengan jiwa remaja tapi bernas. Tu yang seronok tu..'' (Kalau aku, ngan student lelaki aku garang jek.. hikhikhik)

''Cikgu praktikal kan muda-muda, tu yang kami suka kacau tu.. hahahaha'' (Aku pernah brainwash sorang student ni sebab bagi statement tuh.. Amboii kemain eh)

Cukup lah empat kot reason tu. Ada lagi reason lain tapi lupa pulak nak catit ehehehe...

So, untuk entri ni, nak tunjuk sikit beberapa gambar kenangan masa kat sekolah tu. Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku ambik tapi ada yang tak clear la, lepas tu tetiba terdelete secara tak sengaja ciss, then paling penting, confidentiality.

(sebahagian gambar aku ambik dari instagram so that's why filter gambar tak sama kikiki)


 Ni aktiviti pengurusan stress yang aku ngan partner aku conduct Selasa lepas. Ada modul belon yang mana mereka kena tulis apa je perkara yang buat mereka stress then pecahkan belon tu sekuat hati mereka. Then ada jugak video 'Stress Management by Robert Rivest' yang sangat kelakar sampaikan satu sekolah dengar diorang duk gelak ramai-ramai tu. But, yeah memang dapat hilangkan stress. 

Ni video nya.. hihi.. Special thanks to Madam Khamsiah yang introduce video ni kat kitorang.


With Form 4 students. Gigih diorang datang melawat kami di bilik kaunseling walhal semua students form 4 dibenarkan bercuti sempena musim PMR. Papepun thank you so much atas ingatan yaa..

Momen selesai di observe oleh Madam Khamsiah. Alhamdulillah everything goes well as planned. Madam siap masuk dalam bilik kaunseling individu untuk observe kami buat sesi dengan student. Nervous tak payah cakap, memang menggeletar satu badan. Pulak tu budak yang aku buat sesi tu automatik jadi pendiam. Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya. Kalau tak riuh kemain. Kalau ingat balik memang kelakar but thanks Allah, tak banyak yang madam kritik, just a few things that need to be improved soon.

PRSians students yang sangat helpful dan sporting. Masa untuk kami menjadi bebudak kembali seperti diorang. We make fun of each others, laughing, giggling and teasing. Sweet. 

Our last day at school sobss.. This is undefined feeling that I can tell. Segalanya bercampur baur. Bila ingat balik semua ni.. hurmmm


Well, time might be goes away, but the memory surely will remain untill the end.

Hari tu memang semua gambar yang aku ambik dalam mood sedih... Tak de mood nak senyum.


Tapi yang buat aku senyum balik ialah bila kaunselor sekolah tu belanja kami pizza muahaha. Hari tu jugak kami dibenarkan pilih sebanyak mana menu yang disukai. So, selain pizza, aiskrim, spaghetti, chicken wings  dan fruit salad menjadi pilihan kami. Oh.. heavenn


Paling mengharukan, not only pizza, mereka jugak bagi aku hadiah ni. Buku dan kain cotton paisley. Masyaallah. That gifts are among that I favor most. Buku. Among my favorite yang paling aku suka. Takde benda lain yang paling best melainkan sebuah buku. Paling common dapat hadiah mesti jam, gelang, teddy bear, or chocolate. Tak ramai yang sanggup menghadiahkan aku buku kecuali masa sekolah dulu ada la pengetua bagi buku motivasi dan hadis tentang wanita. Then masa birthday pulak ada sorang hamba Allah ni bagi aku pasal wanita jugak. Thanks a bunch and may Allah bless you always!

And right now, instead of looking these pictures huhu, me keep struggling in finishing some sorts of documentations that need to be submitted soon. Alhamdulillah setakat ni semua proposal dan lesson plan dah siap, yang ada cuma verbatim yang mengharukan jiwa raga bagi sesiapa yang pernah menyudahinya wuwuwu. It's okay, ni yang terakhir kot..

Last but not least..(taken from my instagram).. 

''The memories collected along this way can never be replaced. Life is short, live it. Memories are sweet, cherish them..''

Thanks for being part of my life. That's one of the amazing moment in my life. Till we meet again.


 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea