Tuesday 19 February 2013

Inspirasi

currently written by faie mohamad at Tuesday, February 19, 2013 6 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Untuk mengutip pengalaman dan inspirasi dari seseorang, tidak bererti dia harus lebih tua dari kita. Tidak bererti dia harus famous dan menjadi tumpuan ramai. Cukuplah bila kita mengetahui tentang kehidupannya dan cara hidupnya yang tersangat humble dan simple. Mekar dalam diam. Kehadirannya dinanti-nantikan membawa sinar baru dalam masyarakat. Tanpa perlu publisiti yang berlebihan, ia sudah ternyata membuat kita menyedari akan kehadirannya melalui tinta tulisannya yang bersahaja dan penuh makna. Titipan yang sentiasa membuatkan kita dekat padaNya yang Maha Kuasa. Insyaallah.

Muhammad Nazri bin Rijal atau nama penanya Ibnu Rijal. Junior aku kat sini. Siapa sangka dalam kuliyyah kami ada insan yang sungguh berbakat dalam bidang penulisan dan mengetengahkan bakatnya dalam sebuah syarikat dan berjaya menghasilkan beberapa buah buku.

Mungkin namanya masih belum dikenali ramai, melainkan sekolompok peminat tegar bukunya. Yang sentiasa menantikan hasil buah fikiran beliau untuk diluahkan dalam bentuk pena tulisan.

Bagaimana aku tahu dia ni penulis buku? Begini kisahnya.

Suatu hari. Ketika aku di kampung. Beristirehat dalam rumah bersama keluarga.

Abang aku tiba2 menghulurkan sebuah novel. Tajuk Putera Multazam. Tak pernah pulak aku tengok dia pegang buku nih. Dia bertanyakan aku,

'Kau pernah baca buku nih?'

'Tak. Nape?'

'Cuba tengok sape penulisnya. Belajar kat UIAM, ambik Guide. Tahun 2. Dia junior kau kan?'

'Eh jap. (aku tengok biodata dia. Muhamad Nazri bin Rijal. Gambar macam kurang familiar). Tak kenal pun. Mana dapat buku nih?'

'Pinjam ngan kawan tadi. Eh takkan tak kenal kot. Junior tuh. Takkan kat sana takde orang cerita pasal dia.'

'Betul. Tak kenal pun dia sape. Takpe nanti kat sana aku spy dia nih sape.'

Sebulan selepas tuh. Kebetulan semester tuh aku ada ambik satu subjek minor dengan junior yang mostly tahun 1 dan 2. Dan kebetulan jugak memang group member untuk assignment dan presentation pun dikalangan diorang jugak. Tiba2 terdetik dihati nak tengok name list student kelas tuh. Kot2 ada nama si Ibnu Rijal ni ke.

Subhanallah. Check punya check. Ada rupanya. Macam mana aku boleh terlepas pandang nih? Cepat2 aku tanya kawan aku,

'Eh, Nazri tu yang mana eh? Group sape?'

'Nazri mana ni? Nazri bin Rijal ke?'

'A'ah la..Dia group sape weh?'

'Laaa... Dia kan group kita. Kan kita sama2 cari article review hari tuh. Takkan tak ingat kot nama group member sendiri?'

Allahuakbar. Aku tepuk dahi. Terfikir betapa cuainya aku dalam mengingati nama member sendiri. Sampai orang yang aku cari dah ada depan mata! Group member sendiri pulak tuh. Macam mana tak perasan dalam ramai2 group member tuh ada nama si Nazri nih?

Segera aku teringatkan gambar dalam biodata belakang buku tuh. Memang berbeza. Dalam gambar tuh dia nampak sedikit cerah dan berkumis nipis. Nampak lebih muda. Tapi kat luar, agak lain sikit. Gambar edit, mananya tak cam. Wah, tak sangka satu group dengan seorang penulis buku ilmiah!

So bermula dari hari tu aku start interview dia macam2. Dia pulak dengan sportingnya layan je akak senior dia nih. Gaya dan caranya berbicara, tersangat humble. Dan kelakar gila. Sampai lecturer aku asyik tergelak je bila dia try menggunakan English slang Penang. Dengan grammar berterabur and suka buat lawak macam2, siapa sangka dia seorang penulis yang sangat berpotensi menjadi pelapis untuk masa akan datang?

Itulah. Makin berilmu seorang manusia, seharusnya dia menjadi ibarat padi. Makin berisi makin tunduk. Makin bertambah ilmu di dada, makin kurang sifat riyak dan bertambah pula sifat zuhud yang sentiasa didambakan orang berilmu. Sehingga kehadirannya hampir tidak disedari, tetapi jejaknya tidak mungkin dilupakan sampai bila2.



Antara buku yang dihasilkan. Taken from his fb, Ibnurijal.blogspot.com. Jom pakat beli naa...

Jugak jangan lupa visit his blog, Ibnu Rijal. Semoga sama2 mendapat manfaat. Insyaallah.

Aku ambik salah satu kata-katanya dalam buku beliau, 'Siapa Allah di hatimu',

Betapa luas rezeki tuhanmu kepadamu. Masih mahu meminta lebih? Atau mahu berterima kasih? Pernahkah setiap bulan, turun surat dari langit, supaya dikau jelaskan bil udara bulan ini? Atau tarif cahaya sang mentari? Atau bil angin yang bertiup kesana kemari? Perlukah dikau jelaskan semuanya? Nikmat bumi yang dikau diami, adakah tuhanmu kirimkan malaikat untuk mengutip cukai pintu? Segala prasarana bumi, bukit yang dikau daki, air terjun yang dikau pergi, lautan yang dikau renangi, semuanya diberi, perlukah dikau beli tiket untuk menikmati semuanya? Atau manusia sendiri yang tidak tahu malu mengambil kesempatan atas tanah konon “miliknya”, mengenakan bayaran pada mereka yang berkunjung kesana.

Betapa banyak dan besarnya nikmat dari tuhanmu itu. Mengapakah dikau langsung tidak memerhati?

Wajarkah dikau perguna semua nikmat-NYA yang percuma, lalu disuruh taqwa, dikau berbuat lupa? Andai mahu dikau hitung semua nikmat tuhanmu, pastikan penamu cukup dakwatnya, kertasmu cukup bilanganya, kalkulatormu cukup baterinya. Namun, bukankah semua yang dikau perlu itu datangnya dari tuhanmu juga? Malah dikau mahu menulis dengan jarimu, jari itu milik tuhanmu juga, dikau mahu mengira dengan mindamu, mindamu itu milik tuhanmu juga. Lantas bagaimana?

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(An Nahl, 18)

Sangat mendalam. Sangat bermakna. Sarat dengan kiasan dan ibrah.

Indah malam kerana bulan.. Indah siang kerana mentari..

Namun indah insan kerana akhlak dan budi pekerti.. Jika akhlak yang tak baik, secara drastik pandangan org terhadapnya 'tak baik'.. Tapi jika akhlak yang baik, secara automatik pandangan orang terhadapnya baik..

Akhlak yang baik umpama bunga yang sangat harum dan wangi yang mampu membuatkan orang disekelilingnya selesa dan senang.-quoted

Wassalam.

p/s: Rasa diri semakin kerdil. Dua puluh tahun lebih hidup atas muka bumi ni, tertanya2 jugak, apa yg aku sumbangkan kat umat diluar sana? Satu buku pun tak pernah tulis.. Sumbangan harta pun takdak.. Ohhh

Saturday 16 February 2013

Juvana

currently written by faie mohamad at Saturday, February 16, 2013 15 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

May be aku agak ketinggalan ke belakang sikit bab2 hiburan nih. Baru je lepas tngok movie Juvana kt internet. Sebelum ni memang duk cari kat mana nak download. Dulu masa drama, setiap episod aku download kat youtube. Sebab apa? Sebab aku rasa cerita tu ada kaitan dengan prfession yang aku amik sekarang nih . Dalam cerita tu ada watak kaunselor. Cikgu Zakiah or Izreen Azminda yang banyak inspire murid2 nya sampai diorang berubah dari jahat kepada baik. Bila hayati watak beliau dalam cerita tuh, aku terfikir, oh betapa complicatednya tanggungjawab yang bakal aku galas nanti. Berperang dengan perasaan dan mainan emosi dari student yang datangnya dari pelbagai jenis background, bangsa dan agama kadang2 buat aku terfikir, betul ke ni yang aku cari selama nih? Kerjaya ni ke yang sangat aku idam2 kan sejak sekian lama? Berapa banyak risiko yang perlu aku harungi sepanjang profession ni menjadi amanah aku? Well... Hurmmm.

Berbalik pada movie ni, overallnya aku boleh bagi 4.7 out of 5. Brilliant. Excellent. Sangat intelligent. Tak banyak movie macam ni ada kat Malaysia. Balik2 cerita rempit yang langsung takde moral value, cerita kongsi gelap yang buat aku rasa menyesal gile bila tonton, cerita bohsia la, bohjan la, macam2 lagi yang pada aku diorang dah ketandusan idea nak terbitkan cerita yang lain dari yang lain. Tapi movie ni? Memang salute habis. Walaupun ada unsur 18SG kat situ, tapi diorang pandai cepat2 cover balik dengan wujudkan unsur saspen dan  nilai murni yang lain dari sisi yang berbeza. Aku tak hairan pun dengan student ganas macam tuh. Yang jenis kaki pukul, kaki buli or even pembunuh. Sebab kalau diorang berakhlak baik for sure diorang tak dihantar situ kan? Tapi manusia... jahat macam mana sekalipun, kalau ditarbiyah, dididik dengan kata2 yang baik, di motivasikan dengan ayat yang menyentap naluri, pasti mereka akan berubah jugak. Fitrah manusia, lebih cenderung untuk berbuat kebaikan berbanding kejahatan.

Antara babak-babak menarik dalam filem ni:


Botak (Johan Ashaari) dibrainwash oleh ketua warden gara2 menyimbah minyak panas kearah pelatih (Syafie Naswip) yang bergaduh dengannya sehingga terlantar di hospital.



Apek diberitahu kematian ibunya oleh warden. Lepas je peristiwa tu dia berubah jadi ganas dan bergelar taiko di tempat tuh. Dalam erti kata lain, dia menggantikan posisi Botak yang terkenal dengan gangsternya.



Cikgu Daim melawat beliau yang terpaksa bekerja membuat batu bata demi menyara hidupnya.


Botak yang sudah bertaubat. First time tengok Botak jadi baik. Tacing hehe


Antara part last. Botak ditikam oleh Lan Todak (Sharnaaz). Sedih teramat bila tengok part nih T_T


Dua tahun lepas aku pernah melawat sekolah Henry Gurney kat Melaka dan berprogram dengan diorang. Tapi dengan pelatih wanita je la. Yang pelatih lelaki pihak sana tak mahu ambil sebarang risiko. Bimbang katanya. But seriously, ia mengubah sempadan persepsi aku terhadap diorang nih. Kami buat reflection and dengar setiap inci masalah diorang, buat aktiviti sama just for fun, nyanyi sama2 sambil membakar semangat dan surprisingly diorang sangat friendly dan kelakar. Sekali imbas langsung tak perasan yang kami sekarang berdepan dengan student bermasalah; bunuh ayah kekasih, mengedar senjata tajam, jadi GRO etc. Sekolah itu benar2 mengubah sikap dan emosi mereka. Terharu tengok mereka solat jemaah sama2, bergurau senda sesama sndiri, dan paling menyentuh hati bila mereka menasihati kami,

'Akak jangan jadi macam saya ye.. Saya ni masa depan dah kelam. Dah menyesal sangat2 nih. Kalau masa diputar semula saya tak mahu terlibat dalam semua ni. Akak belajar rajin2 ye.. Jadi anak yang membahagiakan.. Ingat Allah selalu.'

Allahuakbar. Langsung tidak menyangka kalimah itu keluar dari mulut seorang remaja juvana yang sebelum ini dibuang masyarakat kerana terlibat dalam dalam pelbagai konflik. Sejenak kami cuba refleksi diri. Maka nikmat Allah manakah yang harus kita dustakan?

Yang jahat tidak akan selamanya jadi jahat. Lihat watak Botak dalam cerita tuh. Siapa sangka dari seorang gangster dan ketua yang ditakuti tiba2 berubah jadi baik dalam filem tuh. Dalam dunia sebenar pun begitu. Jahat macam mana pun seseorang tuh, andai cahaya hidayah meresap masuk dalam hatinya, pasti dia akan berubah jadi baik. Bahkan mungkin jauh lagi baik dari orang yang pernah mencemuhnya dulu. Jauh lagi baik dari kita yang hanya pandai mengata itu ini. Dunia tidak akan selalunya berada di tempat yang sama. Roda yang berputar terkadang membawa kita ke atas, dan kadangkala ke bawah. Kita cuma perlu persiapkan diri, bilakah masanya kita akan berada di bawah itu. Berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Pengalaman aku di sekolah masa praktikum dulu tak banyak. Just dua bulan kat situ tak cukup untuk aku mentelaah peribadi urban students nih. Persiapan fizikal dan mental tersangat membantu. Masihku terngiang2 kat telinga aku ni beberapa kisah students yang buat aku seram sejuk. Sampai demam2.  Kalau sebelum ni hanya tengok kat tv dan newspaper but hari itu aku mendengarnya secara live, dari mulut seorang student yang mengaku pernah melakukan hubungan luar tabie, mengedar pil kuda, berdansa di kelab malam sampai pagi, diliwat dari kecil... semua itu buat aku jadi seolah-olah blur dan down... Tak tahu macam mana nak cari solusi yang tepat. Tapi itulah pengalaman. Sekurang-kurangnya masa posting nanti aku sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Tidak berani menaruh harapan yang tinggi untuk sekolah itu. Semuanya bermula dari diri sendiri sebenarnya.

Keep calm. Be prepared. Act wisely.

Till then...

Tuesday 12 February 2013

Voucher Buku

currently written by faie mohamad at Tuesday, February 12, 2013 24 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebagai student aka rakyat Malaysia yang sah kerakyatannya dan ada ic yg sah, aku berbangga tersangat happy apabila dua kali mendapat voucher buku sepanjang 4 tahun menjadi student di IPTA nih. Entah tahun depan dapat lagi ke tak voucher macam ni dan aku rasa ni la tahun last student macam aku ni dapat bantuan sedemikian. Biasala, time PRU, segalanya mungkin. Tapi bak kata orang, rezeki jangan ditolak. Orang bagi ambik je la.. Lagipun tu kan duit kita jugak kan. Erk





At first memang selalu jugak fikir, nak abiskan kat mana ye voucher ni semua? Kang kalau beli yang ni kan, yang tu pulak tak dapat. Beli barang tu, barang ni pulak tak dapat beli. So awal-awal lagi aku buat sikit list buku yang memang dari dulu lagi aku usya. And yes, MPH Wangsa Maju jadi pilihan terbaik. Lagipun kat sana kad siswa pun boleh guna, means that setiap buku ada potongan 10%. Plus ada lucky draw pulak tu. 


Me and one of my besties, Nazirah@Nad habiskan masa hampir separuh hari kat sana. Ya Allah, banyaknya buku. Sampai tak tahu nak pilih buku yang mana satu. Then teringat list buku yang aku buat tuh. Cari punya cari, Alhamdulillah jumpa jugak. 


  1. Cinta High Class- Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi (married couple). Adore their writing since two years ago.
  2. Nota Hati Seorang Lelaki- Pahrol Mohd Juoi. One of my fav author and  also my inspiration  ^_^
  3. Denyut Kasih Medik- Dr Farhan Hadi. Tersangat best and banyak info berguna, realistik, Islamik, berfakta, evergreen, bermotivasi dan mendidik jiwa.

Dalam banyak2 buku, among the book that I favor most is Cinta High Class. Watak dalam novelet tarbiyah 2 in 1 ni Dr As-solihul Muslih dan Qani'ah Syumaila. Kembara hidup yang sangat menarik dan menyentuh hati. Aku bukan seperti Qani'ah Syumaila yg mana dalam buku ni sangat tabah dan kuat menepis segala dugaan, but I really want to be like her. Fall in love with that character. 



Terima kasih Allah... Dah lama aku duk usya 3 buku nih.. Setiap kali nak beli pakai duit sendiri ada je halangan. Last2 Allah bagi rezeki beli guna voucher buku. Jimat kan? Ohsem!


Untuk my sis, Nurul. Dia request nak buku macam ni.. Jumpa jugak akhirnya.. hehe


Yang ni beli kat Bazar UIA je.. Bajet bagi cukup RM50 and bila time bayar tuan kedai tu tergelak..'pandai pulak awak cari buku cukup-cukup RM50..' haha.





Setakat ni buku yang aku beli:
  1. Konspirasi Yahudi by Sabaruddin Hussein
  2. Motivasi Gaya Rasulullah by Mohd Khairul Nizam
  3. Penciptaan Roh, Jin, dan Malaikat by Amiruddin Faatih
  4. Cara Belajar Bahasa Arab by Zain Y.S
  5. Perbualan Bahasa Mandarin by Ibrahim Ismail
  6. Rahsia Penguat Nurani by DR. HM. Tuah Iskandar Al-Haj
  7. Musibah Ujian by Syeikh Hani Sa'ad Ghunam
  8. Denyut Kasih Medik by Dr Farhan Hadi
  9. Cinta High Class by Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi
  10. Nota Seorang Lelaki by Pahrol Mohd Juoi

Semuanya berjumlah RM150.

Baki RM100 nak beli apa lagi ye? Alatulis kot. Or buku versi Inggeris pulak. Kalu rajin la.. Yang ni pun tak tahu bila nak baca. Entah sempat ke tak khatam semua ni before final.

Till then.

Wassalam.


p/s 1: Lepas beli baru perasan, takde pun buku2 yang aku beli tu berkaitan dengan course yg aku ambik.. Hahaha. Maybe one of the reason is, kalau nak dapat buku tu kena beli dekat PERKAMA or certain kedai yang memang ada jual. Kat MPH I think takde stok buku tuh.

p/s 2: Pesanan untuk semua yg dapat voucher buku nih, gunakan sebaiknya... kalau buku tu buat kita jadi lagha or lalai like buku picisan, seeloknya tak payah beli la.. Beli something yang buat kita terdidik dengan motivasi dan sentiasa dekat di hati :)


Friday 8 February 2013

kebenaran itu...

currently written by faie mohamad at Friday, February 08, 2013 3 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Some people might say, 'berkata benarlah walaupun pahit'...Yes.. I admit that. To tell something truth might be hard for anyone and the impact of it could be seen later on. People's expression might be differ and yup.. aku tahu kadang2 tak perlu nak ungkit and bagitahu something yang mengaibkan kita or orang lain kpd sesiapa. Ibarat bukak pekung di dada sendiri. Orang akan looked down kat kita and pandang serong dan persepsi diorang may be akan berubah 360 darjah after that. Kebenaran mungkin pahit untuk ditelan, tetapi itulah kenyataan.

Bila peristiwa terdahulu diselongkar kembali, for sure banyak tanggapan negatif timbul. Then bila ia diungkit kembali, banyak kebenaran tersingkap. Bila ia terbongkar, makin banyak hati yang terluka. Entah berapa kali aku cuba neutralize but the thing still remain on. Why did not we just move on? It's far better right?

Pada aku, postmortem untuk satu program yg dah dilaksanakan hampir berbulan lamanya, tak perlu la diungkit kembali. Some blunders and absurdities have crept in- and buat ramai tak puas hati dan terluka hati mereka. Baru je nak free dari semua tuh, sekali bila semua sekali diungkit seolah2 membuatkan hati menjadi makin panas. Baru je nak cuba lupakan semua yang terjadi and tak nak dah ungkit semua perkara yang menyakitkan, bila isu ini dibangkitkan dalam suasana yang sebelum ni harmoni, makin ramai yang buat muka tak puas hati. Sindrom 'aku yang salah ko pun lagi banyak salah' mula timbul.

Kebenaran. Mungkin sukar untuk diluahkan. Juga sukar untuk diterima apatah lagi diambil peduli. Bimbang ada hati yang terluka dan sedih dek penangan kata2 yang menusuk hati. Tapi andai ia tidak dibicarakan, mana mungkin mereka mengetahuinya?

Berdiam diri? Yes, perhaps could be done.. But how about our exact feeling to it?

Bila giliran aku untuk meluahkan perkara yang ingin sekali dibicarakan, aku hanya berkata,

'Perkara ni dah lama. Saya tak mahu terlalu ingat akan benda lepas and ingat balik something yang menyakitkan hati. Tapi apa yang ingin saya katakan, to be a leader, is not something easy. Jadi seorang leader tak semestinya kita sewenang-wenangnya beri arahan kepada sesiapa and marah sesuka hati. Apa salahnya kalau leader tu turut sama membantu? Instead of using the word 'I' and 'U', we can use the word 'WE', isn't it? It's more acceptable and for sure we can do our task harmoniously. Kami sebagai orang bawahan sedia terima sebarang jenis arahan, tak kisahla berat or ringan, but.. please, make it in a proper way. Don't be too bossy and tahu nak arahkan itu ini sedangkan diri sendiri tak turut sama membantu...'

Ia benar.. Ia adalah kenyataan.. Fact! Tapi pahit untuk ditelan bagi leader yang dimaksudkan. Terasa hati? Perhaps. Unintentionally did it without any purpose? May be.. but we're also human too.

Don't simply make it as your practice.

Till then.


Tuesday 5 February 2013

bila doa dimakbulkan

currently written by faie mohamad at Tuesday, February 05, 2013 13 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entri baru untuk sem baru ini.. jugak untuk bulan Febuari ni.. weheeee~

Bila bercakap pasal doa, ia ada kaitan dengan keinginan kita untuk menyampaikan sesuatu padaNya, samada berbentuk positif or negatif. Doa, besar impaknya dalam hidup seseorang.Kuasa sebuah doa mampu menenggelamkan kebatilan, menegakkan yang haq dan mengubah hidup sesuatu makhluk. Doa menjadi penghubung utama antara makhluk dengan pencipta. Tanpa doa, ia secara halusnya menggambarkan betapa angkuhnya manusia kepada Dia yang Maha Kuasa bahkan hanya mengharapkan usaha semata2.

Peristiwa malam tadi masih segar dalam ingatan.

3rd Febuari 2013. Sejak rasa diri ni senior (tak macam time junior dulu asyik ikut peraturan je), aku tersangat suka kembali ke kampus last minute. Dalam erti kata lain sangat suka tempah tiket saat akhir yakni waktu malam dan esoknya kelas pun start. Bukan apa, tak puas lagi hirup udara segar di kampung, jenguk kambing peliharaan, bagi kucing makan, sapu daun-daun kering belakang rumah.. semua tu nostalgia tau dak!

So memandangkan kuliah bermula hari ini, aku pun merancang naik bas malam sebelum itu... Malam tadi lah senang cerita. Tempah tiket Bas Perdana sebulan sebelum tu and pilih seat single. Tapi bahagian bawah sebab bas tu dua tingkat. Lor.. lupa nak bagitahu abang aku nak request tingkat atas. Bukan apa, bila teringat kejadian2 tak diingini, biasanya yang paling teruk efeknya adalah penumpang bahagian bawah. Berat hati campur tawakal dan doa banyak2.. Tu je yang termampu.

9.00 pm. Masa dalam bas sempat lagi aku berdoa,

'Ya Allah, janganlah bas ni sampai kat Greenwood cepat sangat yakni before pukul 6. Bagila apa-apa halangan janji bas sampai selepas pukul 6...'

Mungkin doa aku nampak bangang and tak logik, tapi sebetulnya ada sebab kenapa aku berdoa macam tu.

Pertama, sebab bila sampai sebelum pukul 6 tak ramai sangat orang kat situ. Bahaya sebab bas akan behenti kat tepi jalan tu je. At least lepas pukul 6 orang dah start pergi kerja and makin ramai kt situ and buat aku rasa selamat.

Kedua, charge teksi sebelum pukul 6 adalah 50% lebih tinggi. Contohnya kalau tambang teksi yang tertera tu RM10, akan jadi RM15. Dahla biasanya aku sorang je yang naik teksi ke mahalah. Maunya pokai kalau banyak kali buat macam tu.

Ketiga, sebab aku takde kunci bilik. Pagi tadi baru check in mahalah and amik kunci. Kesian pulak kat roomate ketuk pintu bilik pagi2 buta... Dahla masing2 penat kemas bilik malam tu. Tak sampai hati nak kejutkan awal2 bukak pintu bilik... Mungkin nampak remeh tapi bagi aku besar la jugak.

Perjalanan waktu malam bagi aku takdela penat sangat cuma nak tidur nyenyak macam tidur dalam bilik tu memang tak la. Minda sentiasa berjaga2 takut terlepas stesen tapi at least boleh lelapkan mata sejam dua. Sebab tu aku tak suka ambik tiket waktu siang sebab for sure aku akan muntah2 and rasa sangat tak selesa nak tidur dengan cahaya matahari yang tersangat terang tuh.

3.00 am. Bila bas dah gerak sampai Kuala Lipis yakni dah half way perjalanan, tiba2 time tengah mamai aku dengar macam letupan, taklah kuat sangat tapi cukup buat kami semua terjaga. Ingatkan aku sorang je yang dengar. Masing2 dah cuak bila bas tiba2 berhenti kat tepi jalan. Then kami dengar driver bas tu kejutkan pemandu sorang lagi yang tidur, 'Bangun weh, kecemasan nih...', dia cakap macam tuh. Lagi la kitaorang semua takut, dahla tengah2 hutan, betul2 depan tokong Buddha.

All of sudden kami nampak kepulan asap dan bau hangit yang sangat kuat. Rasa debaran makin kuat untuk mengetahui apa yg berlaku. Terus aku capai kasut dan tarik beg laptop kat bawah seat tapi tersangkut pulak kat seat kaki tu. Sekuat hati aku tarik tapi tak berjaya jugak. Then kami dengar pengumuman semua penumpang kena turun segera. Bayangkan semua berasak-asak keluar selamatkan diri. Aku cuma sempat ambik handphone je and purse je. Tak putus2 aku berdoa moga2 barang2 yang lain selamat dalam tuh. Haih sempat lagi.

Tak lama lepas tu, satu demi satu bas lain berhenti bagi pertolongan dan keluarkan fire extinguisher dari bas masing-masing. Rupa-rupanya tayar bas meletup dan hancur teruk plus ada kebakaran kecik kat situ. Nasib baik smpat sembur dengan alat pemadam tuh. Masing2 dah pucat sambil buat muka blurr. Maklumla semua tengah mamai, jadi pulak macam ni, memang semua buat muka cuak dah.

Then kami diarahkan naik mana2 bas yang ada seat kosong. Bila driver bas tu tengok muka aku terus dia arahkan aku naik bas Mutiara kat belakang yang tengah menunggu. So aku tarik beg ke sana. Dahla beg berat macam batu, sampai terkoyak bagasi aku tuh tarik beg dalam gelap.

Naik je bas tu memang takde pilihan lain terpaksa duduk sebelah mamat Nepal dari mana ntah. Takut jugak tapi buat2 berani. Nasib baik muka dia serius memanjang macam askar hutan baru lepas training, dibuatnya muka gatal maunya kena penampar sebijik hahaha.

Then bila dah dapat bernafas dengan tenang dan merelakskan diri, baru aku teringat kembali doa yang aku mohon sebelum tuh. Rupa-rupanya Allah memakbulkan doa aku dengan cara macam tu. Diberinya aku insiden yang membuatkan nafas aku hampir berhenti dan kemudian memberi kemudahan tanpa sebarang halangan. Walaupun rasa cemas tak terhingga tapi Dia buat aku sentiasa yakin akan ada pertolongan dariNya. Betapa penyayangnya Dia  :')

And Alhamdulillah, finally I managed to arrive at Greenwood by 6 am. Memang ramai warga UIA yang menunggu dan aku naik teksi bersama dua student UIA yang lain. Jimat dan efisien hehehe.

Dan hari ini, disertai sedikit penat dan mengantuk, aku selesaikan apa2 urusan yang patut di ofis. Mungkin ada sedikit trouble tapi aku yakin Allah pasti memudahkannya dengan izinnya. Rabbi yassir wala tuassir, ya Kareem...

Doa adalah anugerah Allah pada hambaNya untuk melihat sejauh mana kebergantungan kita padaNya. Selepas berusaha, maka berdoalah. Tukar istilah 'usaha tangga kejayaan' kepada 'doa tangga kejayaan'. Usaha tinggi macam mana sekalipun tapi andai andai ada rasa ego untuk memohon pertolongan kepada Maha Pencipta, ia adalah sesuatu yang sia-sia.

''Doalah padaKu, nescaya akan Ku perkenankan...''( 40:60) 


Semua doa yang dipohon termakbul, cuma jalannya mungkin berbeza dengan apa yang diinginkan.


Sentiasalah bersangka baik padaNya! Untuk Allah menghampakan hamba-hambaNya, tidak sama sekali. Even iblis yang kufur kepada Dia pun dimakbulkan permintaanya untuk menyesatkan manusia, apatah lagi manusia yang sujud kepadanya 5 kali sehari, for sure Dia mengabulkannya. 


Ya Allah, jadikan kami hamba-hambaMu yang sentiasa menurut perintahMu dan tanpa jemu terus menghambakan diri padaMu. Tempatkanlah kami dan orang yang kami cintai ke tempatMu yang paling mulia. Berikanlah hidayah kepada kami agar kami sentiasa bersyukur.



 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea