Thursday 29 November 2012

Jom belajar Bahasa Mandarin #part 1

currently written by faie mohamad at Thursday, November 29, 2012 48 criticisms

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Wanshang hao! Ni hao ma? Jintian wo hen gaoxing hehe… (Tiba2 je nak speaking mandarin. Memang dah addicted nih)!

Actually memang entri kali ni aku nak ajar sikit Bahasa Mandarin kat korang. Memandangkan Exam Mandarin dah dekat, so why not aku refresh apa yang aku belajar selama ni and share balik ngn korang. Why not, sharing is caring. Ilmu aku dan korang pasti makin bertambah tambah kann.

Lagipun, bahasa Mandarin ni tersangatlah ohsem! Rugi sape tak belajar. Even though kdg2 tu lidah aku agak tergeliat nak sebut some terms yang xde dalam alphabet Melayu, it’s still so wonderful. Plus tutor aku tu sangat comel and suka layan kerenah kitaorang yang susah sangat nak membiasakan diri dengan bahasa baru nih. So memang tak rugi yang ambik bahasa ni. Nak2 time kerja nanti. Aku ambik pun sebab kat sekolah yang bakal aku wat internship nanti ramai student Cina. So diorang memang tak de chance nak mengumpat depan aku.. haha. Kalau aku tak paham pun buat2 paham je. Sebut 2 or 3 patah perkataan Mandarin mesti diorang assume aku dah master bahasa tuh, walhal level one pun tak lepas.. hihi


motiff??!!

Panjang pulak intro nih. Okay, actually sebutan Mandarin ni dia punya lenggok berbeza tau. Kalau salah intonasi memang jadi salah jawab. Contohnya perkataan ‘na’ bermaksud which dan satu lagi ‘na’ bermaksud that. Perkataan ‘shi’ pun sama. ‘shi’ yang ni bermaksud 10 dan ‘shi’ yang ni bermaksud ‘wet’. So macam mana nak identify words nih?
*laptop saya takde format untuk alphabet mandarin. Dui bu qi L

Here I provide the formula.



Got it? Yang baris panjang tu bermaksud perlu dipanjangkan 2 harakat. (aiseh mcm nak belajar tajwid pulak).  Yang baris naik tu perlu di sebut dengan nada yang semakin naik. Dari slow ke nada tinggi. But tak perlula panjang sangat. Over bebenor kome nih. And yang turun naik tu kena sebutannya turun naik jugak. Dan yang lastly yang baris menurun tu intonasi suara pun perlu diturunkan seoktaf.

Paham ke dak? Buat-buat faham la eh. (aku pun kdg2 confuse jugak hehehe)

Okay… now, let me teach you some simple sentences.

1.       Q: Ni hao (hello)
A: Ni hao (hello)


2.       Q: Ni hao ma? (awak apa khabar)
A: Wo hen hao (saya khabar baik)


# Ni: awak
    Hao: baik
    Wo: saya
    Hen: sangat


3.       Q: Ni jiao shenme mingzi? (Apa nama awak)
A: Wo jiao Ahmad (Panggil saya Ahmad)

# Jiao: panggil
   Shenme: apa
   Mingzi: nama



Q: Ni lai zi na li? (Awak berasal dari mana?)
A: Wo lai zi Ma lai xi ya (Saya dari Malaysia)


Q: Hen gao xing ren shi ni (gembira bertemu awak)
A: Wo ye shi (saya juga)


4.       Q: Dui bu qi (maafkan saya)  (sebutannya ‘toipuchi’) - Qi disebut chi.
A: Mei guan xi (Tidak mengapa)


5.       Q: Xie xie (terima kasih)
A: Bu ke qi  (sama-sama)


6.       -Zaoshang hao (selamat pagi)


7.       -Wanshang hao (selamat petang)


8.      - Zai jian (selamat tinggal)



Next kita belajar tang ganti nama.

Wo: saya

Ni: awak

Ta: dia (tak kira lelaki or perempuan)

women: kami/kita

tamen: mereka

Nimen: kamu (ramai)


Simple ayat:

-Wo bu mang (saya tak sibuk) ‘bu’ maksud ‘tidak’. ‘Mang’ maksudnya ‘sibuk’.

-Ta e jile (dia lapar sangat) ‘e’ maksudnya ‘lapar’. ‘jile’ maksudnya ‘sangat2’ (haruss berada dibelakang ayat)

-nimen dou hen kun (kami semua sangat mengantuk) ‘dou’ maksudnya ‘semua’, ‘hen’ bermaksud ‘sangat’, ‘kun’ maksudnya ‘mengantuk’.


Macam nak nak cakap ‘Mr’, ‘Mrs’ dan ‘Ms’???

Mr/sir : Xiansheng

Mrs/mdm: taitai

Ms: xiaojie

Tapi kalau nak cakap ‘suami saya’, cakap je ‘wo  xiansheng’,

Begitu jugak dengan ‘isteri saya’, iaitu ‘wo  taitai

Suaminya?? Or isterinya?? ‘ta xiansheng’ dan ‘ta taitai

Contoh:

-Gao xiansheng hen mang, Gao taitai bu mang (Encik Gao sangat sibuk, Puan Gao tidak sibuk) ~kelakar la pulak ayat nih~

Kalau nak cakap ‘Mr Li’, just cakap ‘Li  xiansheng’. If  ‘Mrs Ma’, jadi ‘Ma tai tai’… Nama orang tu perlu disebut terlebih dahulu.

Senang tak? Senang kan?? Best sesangat!

Last but not least, kita belajar pulak tentang family.

Baba: ayah
Mama: emak
Gege: abang
Didi: adik lelaki
Jiejie: kakak
Meimei: adik perempuan

(teringat pulak Anugerah Skrin yang ada part Nora Danish jadi Puteri Hang Li po. Comel sangat dia sebut jie jie dan pengyou (kawan)… ohsem!)

Contoh ayat paling mudah,

‘wo jiejie hen piaoliang!’ (kakak saya sangat cantik) ‘piaoliang’ maksudnya cantik. Kalau hodoh? Bu piaoliang hahaha.

‘wo ai mama’, (saya sayang emak) ‘ai’ maksudnya sayang.

*******

So maksud ayat yang perenggan pertama tu ‘jintian wo hen gaoxing’ bermaksud hari ini saya sangat gembira. ‘Jintian’ maksudnya ‘hari ini’. Gaoxing? Of course gembira. Gembira sebab apa? Wo bu zhi dao (saya tak tahu).. hahaha..

So memandangkan entri ni ada part 1 kat tajuk diatas, for sure next entri akan ada part seterusnya. Bila tu? Aku pun tak sure. Insyaallah kalau ada kelapangan masa.

p/s 1: wish me luck for my upcoming Mandarin Exam on 13th Dec… Lambat lagi tapi sentiasa dup dap dup dap. Kalau fail tak dapat sijil le jawabnye.. @_@

P/s 2: Jangan lupa berdoa untuk Gaza dan mendoakan kehancuran Zionis. Teruskan menderma seikhlas mungkin.


Monday 26 November 2012

kenapa lelaki handsome tak menjadi pilihan?

currently written by faie mohamad at Monday, November 26, 2012 12 criticisms

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Uhuk2 (batuk sekejap). Entri ni aku tak tujukan kepada sesiapa okay. Jangan ada sesiapa yg perasan dialah lelaki handsome yang aku maksudkan (melainkan kalau Fahrin yang baca entri ni tapi of course la teramat mustahil kann : p). Ok tak lawak.

Tukar topik kejap. Actually lepas join Water yang tak berapa nak confident ni (actually Water Confidence, tapi makin trauma adalah), badan aku ditumbuhi bintik2 merah kesan alergik dari air sungai teh tarik yang baunya Masyaallah. Hairan jugak aku, kalau ye pun nak save budget janganlah tasik tu jadi pilihan. Dahla tempat biawak mendirikan rumah tangga dan beranak pinak dalam tu, maunya habis badan2 tak gatal. Kawan aku tak kurang jugak yang kena injek sebab takut bintik2 merah bertambah melarat. Aku pun maybe tak terkecuali, cuma sekarang ni tak berani je nak pergi klinik. Trauma tengok jarum yang last sekali kena injek 8 tahun lepas. : D

Berbalik pada topik. Actually aku sangat perasan satu fenomena ni. Kawan2 aku yang mostly cantik2 mesti dapat spouse yang berwajah biasa sahaja. Dalam erti kata lain, bila dah namanya cinta, paras rupa bukannya lagi satu ukuran. Sehingga ada yang menggelarkan mereka Beauty and the Beast la, taik cicak la, terkena guna2 si lelaki la, macam2. Seolah2 rupa paras bukan menjadi syarat wajib seorang itu memilih pasangan. Memang la dalam Islam tak de istilah rupa handsome ke, cantik ke, cute ke, sebab yang bezanya ialah akhlak dan agama orang tu. So tak kisahlah kalau di dunia ni dia dianugerahkan rupa yang cantik or sedap mata memandang, kat akhirat nanti bergantung pada amalannya jugak. Semuanya bergantung pada amalan di dunia ini. Tak cantik macam mana pun, kalau di dunia semua suruhan Allah dikerjakan seikhlas mungkin, Insyaallah dialah ketua bidadari syurga yang dicemburui bidadari2 lain. Sweet kan?

But here, lepas tengok fenomena ni beserta dengan sedikit research yang entah apa2 aku rasa, I've got the answer. Ni adalah pandangan peribadi aku, and you're entitled to agree/disagree with me :)



                                                      source:  uncle google


#Lelaki handsome biasanya playboy.

Errkk, jangan tersinggung wahai lelaki2 handsome sekalian. Aku tulis 'biasanya', bukan 'semuanya' tau. Tengok orang sekeliling aku, akhirnya apa yang aku dapat rumuskan di sini biasanya mereka yang dianugerahkan rupa paras yang kacak tend to be playboy. Means that punya lebih dari seorang dari teman wanita dalam satu-satu masa. Walaupun mereka sebenarnya tak handsome pun, tapi perasan handsome, tendency mereka untuk bercouple lebih dari seorang adalah tinggi. Kesetiaan mereka pada yang satu sangat meragukan. Ini yg membuatkan girls diluar sana takut. Bukan taknak, tapi takut mereka dikecewakan. So pada pendapat mereka, better pilih yang biasa-biasa sahaja sebagai suami, janji lelaki itu boleh membahagiakan. Bab rupa paras, tolak tepi.


#Lelaki handsome biasanya hanya pandai bermain kata.

Bab ni aku tak berani nak cakap lebih2. Cuma apa yang dapat aku rumuskan disini, bila mereka merasakan yang mereka tu ada rupa paras yang menarik, so mereka bebas untuk berhubungan dengan sesiapa sahaja. Maybe pada gadis A dia menjanjikan macam2, then gadis B jugak dia memberi harapan yang pelbagai. Pengalaman aku bila melihat kawan2 yang frust, salah satunya penyebab clash mereka adalah ini. Hati perempuan pulak, macam aiskrim. Mudah sangat cair dengan kata2 dan janji manis. Sekali dah kena dumped ngan lelaki, boleh jadi sasau dibuatnya. But don't blame at women 100 percent ye. Dua2 salah. Tepuk sebelah takkan confirm tak berbunyi. Tol tak?


#Lelaki tak handsome biasenye lebih merendah diri.

Bab ni aku setuju jugak la. Sebab biasanya mereka ni sangat sedar kekurangan diri (juga berlaku pada perempuan ye). So once dah jumpa yang berkenan di hati, mereka mungkin takkan berpaling arah. Girls yang di approach juga akan berasa selamat sebab tak ada sebarang persaingan dari mana2 pihak. Sounds funny, but it's a real fact actually. Biasanya perempuan rasa ada baiknya memilih lelaki yang rupa parasnya biasa2 sahaja berbanding yang membuatkan mereka rasa insecure dengan pandangan mata kaum yang sama spesis. Lagipun cantik itu subjektif. Tak semestinya buruk pada pandangan orang, pada pandangan kita pun buruk jugak. Cara penilaian kita kat orang of course tak sama.


#Apa gunanya handsome kalau poket kosong.

Sebenarnya part ni ada yang aku setuju dan tak setuju. Ada pro and cons nya. Some girls prefer lelaki yang poket tebal dan ada gelaran tanpa memandang rupa paras. Tak percaya tengok je artis2 kita yang comel lote tapi pilih lelaki yang sudah berumur but berduit. For them, duit dan status lagi penting dari segala-galanya. Perhaps. But dari sudut lain mereka mungkin tak sedar long term effect yang bakal dihadapi. Penceraian misalnya.

Pada aku, memang duit itu penting, tapi duit tak boleh beli kebahagiaan. Kalau just nak kejar lelaki sebab duit, it's not impossible that yang dia bakal menuntut something yang lebih berharga dari perempuan tu. Tapi terpulanglah pada individu tu. Wang atau paras rupa. Mana yang lebih penting? May be mereka terlupa akan ciri teratas yang perlu mereka cari dalam diri seorang lelaki. Agama dan akhlaknya.


#Tak handsome takpe, janji tinggi ilmu agama.

Aku sangat bersetuju dengan fakta ni. Apa gunanya dapat spouse handsome tapi pengetahuan tentang agama, zero! Like Ustaz Azhar Idrus pernah cakap, carilah lelaki yang comel agamanya. Tak semestinya dia seorang ulama, ustaz or mufti tapi kalau solat dia cukup 5 kali sehari, tak tinggal masjid, selalu puasa sunat apatah lagi wajib, selalu bangun sepertiga malam, pilihlah dia. Tak comel rupa paras takpe, janji membahagiakan. Fitrah manusia, pasti inginkan agama sebagai bimbingan diri mereka. Even walau seksi or sosial macam mana pun seorang perempuan tu, jauh disudut hatinya mesti mahukan lelaki yang boleh membimbing dirinya. Lupakan soal rupa paras. Tu hanya satu bonus. Bagi aku rupa tu tak penting pun.

Kenapa pentingnya ilmu agama pada lelaki? Supaya boleh membimbing perempuan ke jalan yang lurus. Tapi tak semestinya perempuan tu harusss tak ada ilmu agama before kahwin. Lagi elok kalau masa kecik masing2 dididik dengan ilmu agama yang betul. Sila faham betul2.

Aku suka sgt tengok gambar ni. Mabruk wahai saudara seagamaku dan isterinya yang cantik :)

Till then...







''Pilihlah yang beragama dan kamu pasti akan bahagia...''





Wednesday 21 November 2012

Wordless Wednesday #2 Kekejaman Yahudi Laknatullah

currently written by faie mohamad at Wednesday, November 21, 2012 7 criticisms


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Friday 16 November 2012

Ya Allah selamatkan Gaza

currently written by faie mohamad at Friday, November 16, 2012 13 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Mari sama2 kita bacakan Qunut Nazilah diatas kekejaman Israel atas saudara kita di Palestin.





Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.





source: here


Kepada Seluruh kaum muslimin di Malaysia atau dimana jua, sama2 la kita berdoa semoga Yahudi laknatullah ini dikalahkan dan semoga kaum Muslimin diberi kemenangan oleh Allah s.w.t.

Walaupun kita tak ada kelengkapan canggih seperti mereka, walaupun kita tak ada kuasa supernatural yang mampu hapuskan dan hancurkan mereka sekelip mata, walaupun kita tidak berdaya mengebom mereka, tapi kita ada doa yang mustajab. Doa bagi hamba yang teraniaya. Tanpa hijab. Tanpa penapisan. Pasti 
dimakbulkan.



Bayangkan dalam seminggu mereka telah membunuh banyak nyawa yang tak berdosa. Manusia or.....???!!!


"Dan telah Kami tetapkan bagi Israil dalam al-Kitab itu, sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”. (QS. Al-Isra: 4)

“Sebagian besar Ahli Kitab (Yahudi) menginginkan sekali agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena kedengkian yang timbul dari diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran.". (QS. Al-Baqarah: 109)


Ya Allah... Apa dosa kanak2 Palestin ini diseksa sedemikian rupa? Anak2 Israel laknatullah diajar sedari kecil untuk bermain senjata menentang Islam. T_T


Antara yang paling menyayat hati aku. Kalau kita berada ditempat dia, apa yang kita mahu lakukan?



Dalam serangan rejim zionis Israel ke atas Ketua Tentera Hamas, Ahmed Al-Jaabari telah terbunuh. Keretanya hancur, hangus terbakar terkena serangan roket, namun ajaibnya senaskhah Al Quran di dalam keretanya cuma terbakar sedikit sahaja. Allahuakhbar!!!- source: FB



Aku ambil quote ni dari Facebook:

"If Israeli leaders think that Arabs and Muslims are too preoccupied with internal problems and political troubles to care for their most important issue, the cause of Palestine, they are certainly deluded. Palestine is dear to us as the blood that runs in our veins. We would sacrifice all we have before accepting Israeli assaults on its good people and holy, blessed land." - Muslim Brotherhood Media Statement 1 Muharam 1434.


Ya Allah, hapuskan zionis!
hancurkan mereka, satukan kami
Ya Allah, satukan seluruh umat
islam Ya Allah, bangkitkan
semangat kami Ya Allah, kuatkan
kami Ya Allah, bantu lah kami Ya Allah,

lahirkan dan timbulkan pahlawan2
dan pembela islam di seluruh
dunia Ya Allah,
jadikanlah abad ini sbg abad
kehancuran zionis laknatullah Ya Allah

Amin...



copy paste from Islam Is My Way of Life.

Tuesday 13 November 2012

'Aku dan dia dah putus’

currently written by faie mohamad at Tuesday, November 13, 2012 4 criticisms

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pagi semalam. Aku dapat call dari seorang kawan lama. Nombor alien pulak tu. At first cuak jugak nak angkat sebab nombor yang aku gunakan sekarang ni nombor baru. Minggu lepas baru tukar. Means that tak ramai yang tahu melainkan nombor2 family dan friends yang aku forwardkan je. Kelakarnya siap menyamar lagi mamat tu mula2. Haih dia ni dari dulu sampai sekarang perangai tak berubah. Aku terfikir, dia ni kalau tak ada urgent ke apa memang takkan call aku punye. I can feel something wrong out there. Sangkaan aku tepat. Dia akhirnya cakap jugak kat aku selepas built rapport  yang entah ke berapa kali.

‘Aku dan dia dah putus…’ Perlahan je bunyi. Sayu dan sedih.

Terkejut aku dengar. Betol apa yang dia cakap ni? As far as I'm concern, diorang kenal masa form 6 lagi. Means that 4 tahun dah  and tiba2 girl tu yang jugak classmate aku minta putus. Alasan? Girl tu dah ada orang lain. cliche.

Dan kawan aku ni punyala sedih bagai nak rak. Nada sayu je kat pendengaran aku even thru handphone pun dapat recognize tone suara dia tuh. Aku pujuk dia,

‘May be dia bukan orang yang kau cari. Dia mungkin hanya persinggahan untuk kau mendapat yang lebih baik,’ Aku bercakap dengan nada memujuk. Tu je yang mampu aku cakap.

‘Mungkin. Tapi buat masa ni aku sedih sangat. Tak sangka dia buat aku macam ni. Sekarang ni tiap kali nak buat apa-apa mesti teringat kat dia… ‘ Pilu sekali suara dia. Aku rasa terharu. Tak sangka dalam dunia ni ada lelaki yang sesetia ini. Apa yang aku boleh cakap, girl tu memang tak tahu menghargai!

‘Cuba kau mintak penjelasan dengan dia. Betul ke dia mintak clash? Ke sebab dia keliru?’ Aku bertanya.

Dia menjawab. ‘ Entahlah. Macam dah nekad benar bunyinya. Padahal baru sebulan diorang kenal..’

Aku hanya terdiam sambil mendengar lagi butir2 percakapannya yang keseterusnya.

Dia yang aku kenal memang lelaki yang sangat setia. Walaupun luarannya suka mengusik, tapi bab jaga hati orang memang boleh salute.  Walaupun ramai yang try approach dia termasuk junior sekolah kami, dia tetap memilih girl tu. Sampai sekarang setianya pada girl tu tak berubah. Seingat aku masa sekolah dulu almost everyone tahu diorang bercouple. Cikgu-cikgu pun tahu. Walaupun keduanya tercampak di university berbeza, hubungan diorang still on. Saling bertanya khabar. Selalu jugak duk usik and bergurau senda ngan aku kat fb. Hinggalah suatu hari bila time nak grad, girl tu mintak putus. Konon dah ada pengganti lain.

Aku hanya mampu pujuk dia dan beri kata2 semangat. Waktu tu aku try apply balik teori2 yang pernah aku belajar. Suruh dia fikir baik buruk tindakannya. Aku anggap dia sebagai kawan merangkap client. Tapi apala sangat application teori tu kalau kat handphone je. Lagi-lagi bila dia beritahu aku dia akan berangkat ke luar negara tak lama lagi. Membawa diri barangkali.

Sejenak aku berfikir. Dalam hidup ni walau semanis mana pun impian kita, walau setinggi mana pun harapan kita terhadap sesuatu, baik macam mana pun tanggapan kita kat something, tetap Dia yang menentukan segala. Mungkin pada hemat kita apa yang kita rancangkan itu adalah yang terbaik. Tetapi mana mungkin kita mampu mengatakan sedemikian kerana takdir itu bukan terletak pada tangan kita.

Takdir itu di tangan Allah. Qada’ dan Qadar itu adalah cabang dari rukun Iman. Andai kita mempertikaikan takdir itu, masih berimankah kita?

Dan aku sangat suka mengulang berkali2 firman Allah yang bermaksud,



‘Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang Mengetahui (semua itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya. (surah al-Baqarah:216)



Berbalik kepada cerita kawan aku ni, aku cuma beri dia 2 option, stay or leave. Kalau dia masih sayangkan girl itu, tunggu sehingga girl itu kembali padanya. Or else, tinggalkan dia and start a new life. Bunga memang bukan sekuntum, ada berjuta2 lagi di luar sana, tetapi andai cinta hanya pada kuntum bunga itu, tiada pada yang lain, apa boleh buat.

Jalan terbaik, Istikaharahlah. Aku menyuruh dia melakukan solat istikharah. Meminta petunjuk dari Tuhan. Andai gadis itu ditakdirkan untuknya, walau beribu halangan menanti di depan, jika mereka ada jodoh, pasti mereka akan bersama hingga akhirnya. Btw he should do this since he knew that girl. Bukan sekarang. But it’s okay, I think it’s not too late for him to do it now.

I created a status on FB that I dedicate to  him yesterday.

‘Bukan mudah untuk melupakan, bahkan terlalu sulit untuk mencari kekuatan. Tapi percayalah andai diri tabah menghadapi, hikmah yang tersembunyi pasti akan terlihat akhirnya…’

Dan finally dia berterima kasih kepada aku.



p/s: Btw, I’ve got a new lesson from that incident. Sape kate ‘coupling’ tu best? See, dah ada contoh depan mata kan?

Monday 5 November 2012

Nak tinggal solat lagi tak?

currently written by faie mohamad at Monday, November 05, 2012 6 criticisms
Suatu hari di Bilik Bimbingan dan Kaunseling (sekitar Julai 2012).

Sesi kaunseling antara seorang kaunselor pelatih (perempuan) dengan lima orang pelajar (semuanya lelaki).


Kaunselor: Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ini?

Murid A, B, C, D, dan E: (serentak) Waalaikummusssalam. Alhamdulillah sihat cikgu.

Kaunselor: Alhamdulillah.. Baiklah. Seperti mana yang dijanjikan, syukur hari ini kita dapat berkumpul kembali. bla..bla...bla..bla..bla... (dipendekkan cerita).Memandangkan ini adalah sesi kita yang ketiga, cikgu mahu bertanyakan satu soalan yang agak menarik.

Murid B: Hah? Soalan apa cikgu?

Kaunselor: Aii.. tak sabar2 nampak. Okay, cikgu mahu utarakan beberapa soalan. Sape kat sini yang solat?

(Suasana sunyi seketika. Tak lama kemudian, seorang mengangkat tangan)

Murid A: Saya, cikgu.

Kaunselor: Betul? Pernah tinggal solat sebelum ni?

Murid A: Setakat ni tak pernah cikgu. Lainla kalau saya tertidur ke, tapi saya akan cepat2 qada' balik.

Kaunselor: Bagus. Cikgu suka jawapan tu.

Murid A: (Tersenyum malu).

Kaunselor: Siapa lagi yang tak pernah tinggalkan solat?

(Tiada seorang pun yang mengangkat tangan)

Kaunselor: (Tersenyum simpul). Baiklah. Cikgu mahu tanya kalian, apa kepentingan solat dan kenapa kita difardhukan melakukan ibadah ini?

Murid B: Dapat cegah perkara mungkar cikgu.

Murid C: Buat jiwa kita jadi makin tenang.

Murid D: Memudahkan urusan. Kalau time kita tak boleh selesaikan sesuatu perkara, lepas solat pasti Allah akan permudahkan.

Murid E: Dapat halang syaitan dekati kita cikgu.

(Spontan semua ketawa)

Kaunselor: Bagus jawapan kamu. Cikgu kagum sebab kamu tahu kepentingan solat ni. Ini bermakna kamu memang tahu solat itu sangat penting untuk hamba mcam kita. So apa yang kamu rasa kalau kamu tinggalkan solat?

Murid A: Kalau ikut pengalaman saya, kalau saya tinggalkan solat, saya akan rasa serabut sangat hari tu. Jiwa rasa tak tenang. Nak buat sesuatu asyik rasa terganggu je.

Murid B: Wah ko ni A.. Bukan main lagi jawapan ko eh.

(Semua menghamburkan ketawa tanpa diduga termasuklah kaunselor itu).

Kaunselor: Takpe2, janji A cuba jawab. Yang lain macam mana?

Murid C: Dulu ada jugak rasa bersalah cikgu. Sekarang ni.. ermmm tak tahu la..

Kaunselor: (mengangguk).. Lain2 jawapan?

Murid D: Saya pun rasa macam tu. Tapi cikgu, nak buat macam mana, parents saya pun tak tegur saya. Diorang pun bukannya solat sangat saya tengok. Bagi kami, tu bukan satu kesalahan besar.

Murid E:  Errrkk.. saya takde jawapan cikgu. Tak tahu nak jawab apa.


Kaunselor: Takpe2, terima kasih atas respon2 tu. Satu lagi soalan cepumas dari cikgu. Apa balasan orang meninggalkan solat dengan sengaja? Sape nak jawab dulu?

(Semua tersengih. Tak berani menjawab)

Kaunselor: Okay, C, dari tadi asyik senyum je. Ermm boleh bagitahu cikgu apa balasan orang yang meninggalkan solat?

Murid C: Saya tak berapa pasti cikgu. Tapi seingat saya, kalau tinggalkan solat, ada azab kubur yang dahsyat. Ada ular akan belit kita, tulang rusuk bertindih satu sama lain.

Murid A: Saya tahu cikgu. Kalau kita tinggalkan solat, dosanya macam meruntuhkan kaabah, dosa macam berzina dengan parents sendiri, dicampakkan ke neraka selama 60 tahun. Cuma saya tak berapa ingat which solat secara specifik.

Murid D: Cikgu, saya tahu kalau tinggalkan solat pasti hati takkan tenang sebab Allah takkan redha dengan kehidupan kita.

Kaunselor : Okay.. Jadi kalau Allah tak redha, adakah hidup kita akan berkat akhirnya?

(Semua terdiam)

Kaunselor: Selain dari itu, apa lagi balasan meninggalkan solat?

Murid B: Dikenakan azab yang tak terhingga dalam neraka. Sebab solat kan perkara pertama pertama yang dihisab Allah.

Kaunselor :  (Menarik nafas) Lepas dengar penjelasan dari kamu semua, Alhamdulillah cikgu tengok kamu akhirnya tahu kepentingan dan balasan meninggalkan solat macam mana. Jadi ada tak rasa-rasanya kat sini nak rasa azab seperti yang kamu listkan tadi?

Murid B dan C : Err.. tak nak cikgu.

Murid A: Takutla cikgu, saya tak nak rasa semua tu.

Suasana hening seketika. Masing2 tunduk ke lantai.

Kaunselor : Okay, kalau tak nak rasa azab itu, apa yang kamu kena buat dari sekarang?

Murid E: Solat cukup 5 waktu. Kalau rajin, tambah dengan solat-solat sunat. Jugak pastikan khusyuk dalam beribadah dan sentiasa lakukan dengan ikhlas.

Kaunselor: Bagus. Jadi macam mana nak cukup solat 5 waktu tu?

Murid A: Muhasabah diri. Sentiasa rasa diri tu berdosa, baru kita akan selalu bertaubat kepadaNya.

Murid C: Selalu paksakan diri. Lepas tu kita akan terbiasa dengan sendirinya.

Murid D: Kena ada yang sentiasa memperingatkan. Contohnya kawan2, keluarga, dan termasuklah cikgu sendiri. Hehehe.

Kaunselor : (ketawa). Pandai kamu eaa.. Syukur akhirnya kamu sedar akan semua ni. Jadi, kat sini cikgu akan sediakan jadual solat untuk kamu. Kamu solat ke tak solat ke, tolong tick kan. Kalau solat, tulis pukul berapa. Kalau tak solat, tandakan pangkah. Tolong jujur eh. Cikgu takkan hukum kamu kalau kamu tinggalkan solat sebab cikgu takde kuasa untuk hukum kamu. Minggu depan, lepas perhimpunan, datang sini balik dan hantar jadual tu kat meja cikgu. Boleh semua?

Murid A, B, C, D, dan E : Insyaallah boleh cikgu.




(jadual solat yang diedarkan kpd mereka)



*****

Seminggu kemudian,

Murid A: Cikgu, ni jadual solat yang cikgu bagi hari tu. Tapi ada hari yang saya terlewat Subuh cikgu. Saya dah tick kan kat situ.

Kaunselor: Terima kasih. Yang penting kamu jujur, cikgu dah happy sangat.

Murid A: Terima kasih cikgu.

Kaunselor : Sama2..  Ermmm B, mana jadual solat kamu?

Murid B: Ni dia cikgu. Mula2 tak complete cikgu, tapi sekarang dah meningkat sikit.

Kaunselor : Bagus! Sekurang2 nya kamu berusaha untuk penuhkan jadual solat ni. Peningkatan yang memberansangkan cikgu tengok.

Murid B : (tersengih2).

Murid  C: Cikgu, ari ni dan semalam saya tak tinggal solat cikgu. Tapi ari2 sebelum tu ada. Cikgu, saya kena ganti ke?

Kaunselor: Mesti la.. Ia dikira hutang yang perlu kamu bayar kepada Allah. Kamu tahu niat solat qada macam mana?

Murid C : Tahu cikgu. Cikgu, kena buat solat taubat sekali kan?

Kaunselor : Yup. Bila dah buat solat taubat tu, janji takkan buat benda sama lagi. Nanti cikgu bagi kamu niat dan doa solat taubat lepas ni.

Murid C: Terima kasih cikgu.

Kaunselor: Sama2. Ermmm mana D dengan E?

Murid B: Diorang ada kelas cikgu. Tapi sekarang ni saya tengok diorang pun dah jarang tinggalkan solat. Biasanya habis sekolah terus balik. Sekarang ni singgah kat musolla sekolah dulu. Dulu si E tu bukan main liat lagi nak solat. Takut kena azab kot. Hehehe. Cikgu, terima kasih banyak2. 

Kaunselor: Alhamdulillah.. Tapi kena ingat solat tu bukan semata2 sebab tak nak kena azab, tapi sebagai tunduk patuh kita padaNya. Supaya kita cintakan Pencipta kita melebihi segala-galanya. Barulah Allah sayangkan kita. Kalau kita tak jalankan kewajipan kita, macam mana kita nak jawab depan Dia kat padang mahsyar nanti?

Murid A: Tapi cikgu, macam mana dengan mak ayah kami yang langsung tak solat tu?

Kaunselor: Banyakkan berdoa dan terus berdoa. Tunjukkan di depan mereka kamu seorang anak yang baik. Ajak mereka solat berjemaah sama2. Tapi jangan menghukum. Kalau mereka tak nak jugak, mintak pandangan dan nasihat dari mereka yang terdekat dan lebih arif. Contohnya datuk atau nenek kamu. Insyaallah.

Murid A: Ooo begitu.. Terima kasih Cikgu.

(Alhamdulillah, bisik kaunselor itu dalam hati)





# Statistik menunjukkan 80% (mungkin lebih) dari rakyat Malaysia tak solat. Fikirkan... Dimana kita sekarang?


Friday 2 November 2012

ketika cinta bertasbih original... mabruk my friend!

currently written by faie mohamad at Friday, November 02, 2012 2 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



My ex-classmate masa zaman sekolah dulu, Kauthar Hassan, student Medic yg sedang melanjutkan pelajaran di Egypt sudah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Farhan beberapa hari lepas. Aku dapat tahu pun secara kebetulan je. Tengok ramai2 classmate aku zaman sekolah dulu duk share video nikahnya yang sangat sweet! Terkejut jugak. Tiba2 tengok dia pakai pakaian pengantin. Pandai betul dia simpan rahsia dari kitorang nih.  Simple dan bermakna. Pengantin takde unsur tabaruj yang berlebihan pada pakaian dan solekan. Suasana akad yang penuh sederhana.Memang berlandaskan syarak yang ditetapkan. Diwalikan oleh kadi dari sana. Memang mengingatkan aku pada movie Ketika Cinta Bertasbih (KCB) yang pernah jadi fenomena suatu ketika dulu. Nak2 pulak tajuk video tu jugak sama dengan apa yang aku fikirkan. Paling syahdu bila suaminya memegang kepalanya sambil melafazkan akujanji. Sebak rasanya bila tengok. 





Sebagai kawan, aku jugak tumpang gembira. Kauthar yang aku kenal seorang yang sangat happy go lucky, tidak sombong, ceria dan sangat bijak. Among top student kat skolah masa PMR. Masa akhir form 4 iaitu 2005, dia yang memang berasal dari Melaka akhirnya sambung belajar kat sana untuk terus menetap dengan familinya. Aku tak ingat berapa lama dia berjauhan dengan familinya tapi ada la dalam beberapa bulan.  And still aku ingat ayahnya seorang yang berpengaruh disitu tapi lepas PRU, familinya yang sebelum ni berpindah ke Terengganu terpaksa pindah ke Melaka balik. Kelakarnya sampai sekarang aku duk ingat each time dia call famili dia, for sure dia akan menangis teresak2. Well, now she's very different. Sangat berbeza dengan yang aku kenal dulu. Makin matang dan makin cantik. Makin chubby jugak. Hihihi. Dulu kurus je dia nih.





Gambar2 ni aku cilok dari dia punya FB ^^

Banyak perkara yang buat aku kagum dengan kawan aku sorang nih. Dahla student medic kat oversea, pandai dalam bidang tulisan pulak tu. Selalu jugak aku stalk blog dia yang berkisarkan dakwah dan kehidupan. Memang otak kiri dan kanan dia memang berjalan seiring ah. Bukan nak puji dia berlebih-lebihan apatah lagi nak timbulkan rasa bangga pada diri dia (dia bukannya baca blog aku pun), but as a muslimah, she deserves that. Serikandi Muslimah yang sejati. Ni jugak doa dan harapan kann.

Walaupun dah lama tak bersua muka dan bertegur sapa, tapi ukhuwah itu tetap dihati. Takkan putus sampai bila. To Kauthar, may Allah grant you His bless to both of you always!

I dedicate this song to you. Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a baina kuma fi khair ^^





We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله
بارك الله لكما ولنا
االله بارك لهم
االله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voiceLet's all say, say, say
بارك الله لكما وبارك
عليكماوجمع بينكما في خير


By: Maher Zain

Song: Barakallahulakuma




Thursday 1 November 2012

Allah has chosen you

currently written by faie mohamad at Thursday, November 01, 2012 7 criticisms


Alhamdulillah...


Bersyukurlah dilahirkan sebagai Muslim!
 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea