Sunday 18 March 2012

azam baru

currently written by faie mohamad at Sunday, March 18, 2012 2 criticisms
Pagi tadi ada writing workshop kat bangunan Engin E3 level 2, computer lab. Speaker tu, Ummu Itqan sempat berpesan kepada kami,

'sebarkan dakwahmu di mana-mana sahaja samada di fb, twitter, blog ataupun di majalah. setiap ilmu yang disebarkan pasti pahalanya berterusan bak air mengalir selagi mana ada orang membacanya'

So, aku telah menulis azam di sebuah kertas seperti yang dipinta olehnya. Menulis sebuah visi tentang mengarang sebuah artikel, atau cerpen, atau novel yang mampu memberi manfaat. Di dalam visi tersebut aku berjanji bahawa aku akan menulis artikel berusurkan islamik ataupun akhlak islamiah di blog ini sekurang-kurangnya satu entri untuk satu minggu.

Erk, boleh ke aku laksanakan? Dengan keadaan busy memanjang sampaikan masa untuk diri sendiri pun hampir tak ada. Time makan pun curi-curi. Nak keluar shopping cam dulu pun macam berat ati bila terkenang assignment yang berlambak. Tapi Insyaallah aku akan sahut cabaran dan visi tersebut. Kalau niat baik Insyaallah Allah pasti akan memudahkan urusan kita.

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini.

I.M.I.S.S.T.H.E.M

currently written by faie mohamad at Sunday, March 18, 2012 0 criticisms
Aku akui bila umur dah makin meningkat, dari satu hari ke satu hari, aku kerap flashback akan memori-memori dulu yang banyak menjadikan aku seperti sekarang. Walaupun terkadang memori itu terlalu pahit dan mencabar untuk aku lalui, aku mengerti ia sebenarnya banyak mematangkan kehidupan aku dan menjadikan aku insan yang sentiasa memahami hakikat sebuah kehidupan. Tapi walau siapa pun aku, aku tetap manusia biasa yang sentiasa tewas akan emosi sendiri.

Namun aku bersyukur, insan-insan disekeliling aku banyak membantu aku. Betapa banyak curahan tenaga, emosi dan wang ringgit yang mereka korbankan untuk aku. Semuanya demi kebahagiaan dan kejayaan aku. Pengorbanan yang tak mampu dibayar dengan wang ringgit hatta segunung emas sekalipun. Budi yang mereka taburkan untuk aku dan yang lain tidak mampu dibalas dengan harta yang selautan.

Well, siapa mereka tu?




Tak lain tak bukan, family aku.




My Tranungclan <3. Rama dop rama dop?


How far I miss them?

# Saya rindu Bib, yang sengal and bangang  duabijik macam saya

# Saya rindu Sis Ida, yang friendly dan suaranya memang mengalahkan Rika Sumanto kalu bercakap

# Saya rindu Sis Lah, yang jenis selamba and tak mudah amik ati

# Saya rindu Sis Zura, yang suka cakap lepas tapi hatinya baik gila

# Saya rindu Sis Ina, yang tabah and sporting ngn adik2 dia

# Saya rindu Sis  Izan, yang penyayang and suka ambik berat kat kitaorang.

# Saya rindu abang-abang saya, Azrul, Fatah & Abdullah yang banyak membantu saya dari segi pelajaran dan elaun sara hidup J

# Saya rindu Darwisy, yang comel gile dan suaranya boleh didengar satu kampung kalu menangis

# Saya rindu kat Ain yang selalu je nangis kalu tgk muka saya (bela hantu ke apa)

# Saya rindu Fitri, baby comel yang sangat innocent dan  suka senyum kalau di agah

# Saya rindu Ammar@paksu yang nakal and super aktif walaupun tak boleh bercakap

# Saya rindu Puteri, yang keletah and sangat bijak berkata-kata

# Saya rindu Mirza yang manja and suka bodek ciksu dia sebab nak tengok cite kat laptop

# Saya rindu kat Adawiyah yang cengeng dan suka bertanya itu dan ini sampai kadang2 saya tension gila

# Saya rindu kat Dannial yang gembeng dan makan banyak giler


Mirza & Darwisy time kecik
ni Dannial Fares Haqiem, anak kakak no 4

# Saya rindu kat Fares yang suara dan stylenya sebijik macam Upin dan Ipin.

# Saya rindu kat Fahim yg kecik2 lagi dah khatam Quran selalu dengar kata mami dia

# Most important. Saya rindu kat Mummy saya yang melahirkan saya, membesarkan saya dan selalu tak berkira dengan saya. Even kalu saya bagi duit I juta kat dia pun memang tak cukup nak balas segala jasa dan budi dia yang maha bernilai tu. She’s my everything. I love her… so much!

Dan,

# <3 Saya juga rindu kat ‘dia’ yang membuatkan saya selalu berterima kasih akan kehadirannya dalam hidup saya. <3

Dan kebelakangan ini perasaan rindu itu makin memuncak. Aku sangat rindukan saat kami berkumpul sama-sama, di hari lebaran yang mulia, bercium tangan dan saling berpelukan memohon ampun… oh, it’s a sweetest thing that may not come if I’m not at there anymore!

Aku juga teringat zaman kecilku yang menyeronokkan dan dikelilingi oleh family yang supportive dan tidak mengongkong kehidupan kami. Yang tidak pernah condemn aku kalau aku fail dalam exam atau time aku berbuat silap dan tidak pernah lupa memberi kata-kata semangat sehingga aku pernah menjadi seperti sekarang. 



Time ni family day kat Pantai Air Tawar. Tahun 2009 kalu tak silap.
bib bertunang



They are my everything… sape la aku tanpa mereka.. I MISS THEM!

Saturday 10 March 2012

Who would understand us?

currently written by faie mohamad at Saturday, March 10, 2012 4 criticisms
Assalamualaikum..

Sebagai seorang student direct intake yang enroll disini bukan sebagai student matrik UIA yang ori, aku@yang senasib denganku selalu didiskriminasikan oleh pihak disini. Dari segi apa? Macam-macam. Since aku jejakkan kaki kat sini lagi iaitu 3 tahun yang lepas.

Bukan aku nak condemn mana-mana pihak, bukan jugak untuk memburukkan imej sape2, tapi sebagai student direct intake, kami selalu merasakan yang nasib kami tidak sebaik nasib student matrik yang lain. Aku masih ingat waktu pertama kali melangkah masuk ke tempat yang agak asing bagi aku yang dulunya bergelar pelajar sekolah, di situlah aku dapat merasakan something wrong dengan pentadbiran kat sini. Kami, selaku budak direct intake selalu dinafikan hak kami walaupun pada hakikatnya, bagi aku sendiri la, matrik ke, direct intake ke, sama je. Persoalannya, kenapa perlu ada unsur bias disini? Nak kata kami tidak layak, kalau betulla sangkaan itu, sudah pasti awal-awal lagi kami kena reject untuk mendaftar kat sini.

Well, sape yang jadi student direct intake sahaja yang mengiakan semua ini. Kalau tak takkanla ada group untuk direct intake student kat fb nih.



Aku juga teringat waktu mula-mula sampai disini, kami diberitahu yang kami perlu melalui 4 jenis ujian. English Placement Test (EPT), Arabic Placement Test (APT), Tilawah Placement Test (TPT) dan Fundamental Knowledge Test (FKT). Gila banyak. Aku ingatkan result STPM aku yang tak seberapa  tu dah lepas untuk aku bergelar mahasiswi kat sini.

Tu aku tak kisah sangat, tapi yang aku kesalkan, kami terpaksa stay kat CELPAD untuk beberapa ketika sebelum kami dipastikan pass EPT dengan band 6. Dan sepanjang sem tu kami tak boleh masuk kuliah macam biasa unless kalau nak ambik satu atau dua subjek saja. What an annoying news! Alasannya EPT dibuat untuk memastikan kami benar2 fluent dalam BI time exit ke kuliah nanti. Hello, bagi aku la, sebelum and selepas aku masuk CELPAD tu aku tengok tak de pun beza apa-apa. English aku still lagi tahap biasa walaupun result exam EPT aku band 7. Kalau tengok band 7 tu confirm orang ingat berhabuk aku cakap BI dengan orang lain. But it’s not. And bila aku masuk kuliah, aku tengok matrik student yang dikhabarkan pernah ambik EPT time matrik dulu pun takde bezanya fluency BI dengan kami yang tersangkut kat CELPAD sampai semester pembelajaran kami terbengkalai. Tu pun nasib baik aku stay kat CELPAD satu sem je. 

CELPAD is CELLBAD!

Bagi aku, CELPAD@EPT ni tak menjanjikan pun someone tu benar-benar menguasai English dengan baik. Takdenye lepas aku amik EPT tu tiba-tiba aku boleh speaking sebijik cam mat salleh dengan fasih. Writing pun macam nak buat tesis untuk PhD. Nope, I didn’t find any benefit from it. English aku still lagi merangkak-rangkak, cara aku susun ayat pun masih lagi berterabur dan pronunciation aku jugak masih lagi di tahap yang banyak perlu dibaiki. So, ada progress  ke? Nothing I see.

Kat sini jugak aku tengok kelebihan student matrik yang tak perlu amik EPT lagi cos diorang dah amik masa kat matrik. But at least, umur diorang tak membazir macam kami yang terpaksa extend sampai 9 or 10 semester kat sini semata-mata CELPAD punya pasal. Bukan aku jeles ke cemburu ke dengki ke apa, tapi kenapa pihak U tak buat policy yang even though kena amik EPT sekalipun, student still lagi boleh masuk kuliah dan belajar cam biasa? Kenapa perlu waste our time untuk belajar dan grad bukan pada waktu yang ditetapkan?

Aku bukan nak ungkit kisah silam, sebab bagi aku walaupun CELPAD tu agak annoying tapi aku still rasa happy sebab time tu kami tak stress macam di kuliah. Kami takde assignment & presentation, tak de article review, tak de projek itu ini. Just aktiviti dalam kelas. Part tu aku rasa bersyukur. Maybe di situ terselit hikmahnya bila aku berkenalan dengan pelbagai jenis manusia yang berlainan ras dan warna kulit yang tak memungkinkan aku untuk berjumpa dengan diorang di EDU. -counter argument

Tapi disudut lain, rasa terkilan itu masih wujud bila dengar rungutan dari junior-junior aku tentang CELPAD dan pengalaman baru di kuliah. CELPAD satu hal, kuliah juga menjadi masalah untuk student baru untuk aku. Di universiti lain mungkin aku tidak bertemu dengan masalah sebegini sebab masing-masing bergelar freshie dan masih lagi dalam proses mengenal. Tapi bila di kuliah, aku ingat lagi, semester pertama di kuliah memang aku tak boleh survive sebab tiada kawan yang boleh dibuat geng. Di CELPAD keadaan itu berbeza sebab kami sama-sama baru dan mula mencipta ikatan persahabatan. Tapi dikuliah,disebabkan aku lewat satu sem daripada student matrik, aku terasa dipinggirkan.

 Di kuliah, masing-masing sudah ada geng sendiri berbanding aku yang mula mencari tapak di tempat baru. Memang kalau diingatkan kembali, betapa peritnya aku melalui satu sem yang penuh dengan kenangan pahit dan memori luka yang tersendiri. Masuk semester kedua, baru aku mula bangkit dan mendapat kembali kawan-kawan lama yang semestinya melalui pengalaman sama dengan aku. Okay, I know that it’s may come from 
my fault coz I do not know to mingle with them, perhaps.

Dan bila aku sudah berada di tahun 3 ni, hasrat aku memang nak habiskan pembelajaran aku di EDU selama 7 semester sahaja, bukan 8 semester seperti yang tercatat dalam study plan. Sebabnya 1 semester aku dah tersangkut kat CELPAD, so, by hook or by crook aku kena pastikan aku mesti berada di UIA selama 8 semester sahaja. Tapi bila kami diberitahu yang kami perlu melalui 8 semester jugak disini, plus 1 sem di CELPAD, sekali lagi kami rasa upset yang teramat sangat.

8 semester di EDU + 1 semester di CELLBAD = 9 semester instead of 8 semester!

 Dan aku masih ingat lagi minggu lepas ada seorang lecturer kami mengkritik kami direct intake student yang mengambil terlampau banyak subjek untuk satu sem dan nak habiskan cepat-cepat tanpa ikut study plan. Dia tanya kenapa kami perlu ambik banyak subjek sehingga menyusahkan diri sendiri? Kan ada baiknya kalau just follow je study plan tu. Bukan susah pun. Lagipun banyak mana pun ambik, praktikal tetap sama je dengan student batch selepas kami. Batch selepas kami? Kenapa bukan batch sama dengan kami?

Aku time tu mendapat keberanian meluahkan perasaan aku di dalam kelas itu sambil dipersetujui oleh rakan-rakan lain. Aku memberitahu lecturer aku, ‘Madam, some of us are from direct intake students. And you know right, we have to stay at CELPAD for a particular moment and on that time we have to stop thinking about our kuliyah studies for a second. And thus we need to replace our semester at CELPAD by taking quite a lot of subjects of our courses to ensure that we will finish our study by the end of 2013, like our plan previously.  Moreover madam, if we are continuously to study at here up to 9 semester, who will pay for our fees for another one semester? Where will we get our financial support because PTPTN only can offer us their loans for 8 semesters only?  It’s not fair, madam.’

Nak tahu dia cakap apa? Dia cakap, ‘well, we have zakat right? You can apply it to our deputy dean and students affairs and I’m sure they can consider your situation. Don’t worry, we will try to help you as we can. Just tell them about your story.’ Semudah itukah? Aku terfikir.

‘But madam, zakat is not enough to us. It only can pay our fees, not our other expenses. As PTPTN is not sufficient, I think zakat also is not really relevant. Plus, some of us are orphans and we did not have adequate money to survive if we do not get our loans..’ Kawan aku yang sorang lagi, Balqis menyampuk. Suasana time tu agak tegang sebab bagi aku lecturer aku tak memahami situasi kami. Siapa yang tak tertekan?

Then madam terus usulkan kat kami supaya apply jugak zakat dan pasal perkara-perkara lain, nanti boleh consider kemudian. It bukan jaminan yang jelas. Sekali lagi aku rasa ada bias disini. 

The problem is, kenapa kami tak boleh praktikal sama dengan student matrik yang lain walhal kami dah banyak memenuhi subjek university requirement dan semata-mata perlu mengikut study plan yang sangat annoying tuh, kami perlu stay jugak untuk satu sem yang selanjutnya padahal time tu kami sudah kehabisan subjek untuk diambil? Is that 
nonsense?!

Kenapa time kami  waktu briefing dulu tak de siapa pun yang guide kami yang langsung naif dalam perkara ni? Kenapa baru sekarang?

 Kenapa bila kami ke ofis untuk meminta consultation berhubung perkara ini, kami dimarahi oleh staf dengan alasan yang langsung akal?

 Kenapa kami juga perasan yang sesetengah lecturer (bukan semua) bias dengan kami dan selalu melebihkan student matrik dalam banyak hal?

Dan kenapa kami tidak boleh apply scholarship walaupun hakikatnya ramai antara kami yang layak mendapat sponsorhip tu? Ok, ni bukan salah pihak U. Ni salah KPM, I know that. Tapi kenapa tak de inisiatif untuk hal itu untuk mengembalikan hak kami sebagai student pendidikan? Bukan untuk direct intake saja, tapi untuk student matrik jugak. Mungkin ada, but it comes from students, not them.

Cukuplah kami menghadapi detik-detik sukar lagi mencabar waktu di CELPAD dulu yang membuatkan kami hampir tidak tidur malam semata-mata untuk memastikan kami pass EPT dengan mendapat band 6 dengan jayanya. Cukuplah tumpahnya air mata dan kepedihan rentetan dari luka yang terpaksa kami harungi sebelum kami melangkah masuk ke sini, yakni waktu kami menghadapi STPM dan diploma di tempat lain. Cukuplah betapa tabahnya kami terpaksa memejam mata  dengan pandangan serong oleh sesetengah manusia disini yang kononnya mengaku mereka lebih hebat dan arif tentang semua perkara kalau nak dibandingkan dengan kami yang tak tahu apa-apa ni. Cukuplah itu semua.

Back to my title above, nobody would understand us. Unless if they’re in our shoes. If they could, perhaps. Orang lain boleh mempertikaikan kenapa perkara sebegitu dijadikan isu. 9 sem, 9 sem la, kenapa perlu rushing? Time belajar kena tenang, tak boleh cepat-cepat, tu kata senior aku. Yup, I know that, and I know dia jugak senasib aku, tapi yang membuat aku terkilan, kalaula dari dulu lagi benda ni diberitahu sejak kami melangkah masuk ke sini, aku rasa isu ni mungkin tidak setegang ini.

Kalau dari dulu lagi briefing berhubung perkara ini dikhabarkan kepada kami, kami boleh lagi understand dan consider apa yang patut dan hanya pasrah menyerah. Tapi since ini dah terlewat untuk kami untuk menerima kenyataan berhubung dengan kelewatan praktikal kami, kami benar-benar rasa tidak adil. Bukan kami tak memenuhi syarat university requirement yang lain, semuanya sudah selesai kami laksanakan, tapi kenapa gara-gara mengikut study plan yang entah apa-apa itu, waktu pembelajaran kami terpaksa dilanjutkan. Bila waktu belajar kena extend, means that umur jugak makin meningkat. Aku yang sepatutnya grad pada umur 24 tahun terpaksa menunggu sehingga umur 25.

To whom should we complain to? To human? Nope. Only Allah can help us. Dan aku harap agar keadilan itu berjaya ditegakkan suatu hari nanti. Kalau diizinkan olehNya, kami pasti akan grad sama seperti batch matrik yang lain. Or else, we need to wait to another time. Let’s give the time to change the whole thing. 

konon wat muka sedih


Menyesal sebab enroll disini? Ermmm, maybe. But I’m sure there’s a reason behind this.


 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea